Aku Bukanlah Seorang Yang Alim, Jauh Sekali Alim Ulama'. Aku Bukanlah Seorang Bilal Apatah Lagi Seorang Kiyai. Aku Hanyalah Seorang Pencari Gaharu, Antara Langit Dan Bumi Dengan Pak Guru. Namun Terpanggil Jua Untuk Membantu Siapa Sahaja Yang Memerlukan Mudah-Mudahan Dengan Izin Allah DiPermudahkan.

Readers yang mempunyai permasalahan atau sebarang pertanyaan, saya boleh dihubungi melalui email ruslanhusin@gmail.com. Kini saya berada berada di Telok Panglima Garang, Selangor.

Kepada yang memerlukan rawatan dipersilakan untuk menemui saya.

Monday, October 6, 2014

Peringatan

Assalam....

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua reader......

Sekali lagi saya peringatkan kepada readers, saya TIDAK pernah meminta sebarang bentuk jenis bayaran kepada sesiapa yg meminta bantuan daripada saya. Jika ada yg menggunakan nama saya atau melalui blog ini meminta sebarang bayaran minta readers melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa,

Sekian, terima kasih,,,,

Saturday, July 12, 2014

Lokasi Jin DiDalam Badan Manusia

Assalam...

Terdapat tiga(3) lokasi utama Jin, Iblis atau Syaitan apabila mereka bersarang atau berumahtangga didalam badan manusia, iaitu:

1. Belikat (Kiri dan kanan)
2. Pinggang
3. Tapak kaki

Untuk perkara 1 kebiasaannya jin2 yg dikategorikan sebagai jin Islam atau Saka Keturunan yg baik2.
Untuk perkara 2 dan 3 kebiasaannya jin2 atau Saka Keturunan kafir atau jahat.

Bahagian 1 dan 2 tersebut akan terasa sengal dan sakit setiap masa. Sepertinya sedang menanggung beban yg berlebihan. Bagi Bahagian 3, tapak kaki aan sentiasa berasa kesakitan dan perit, dan paling terasa apabila bangun dari tidur, tapak kaki terasa seperti terpijak jarum atau duri atau benda2 tajam.

Tetapi bukanlah semua kesakitan itu berpuncanya dari Jin2 yg bersarang ditubuh badan, ada juga disebabkan permasalahan urat saraf.

Bagi jin2 yg berada diluar tubuh manusia, kebiasaanya tempat tumpuan utamanya dibahu. bahu juga akan sentiasa berasa sengal dan ngilu. Walaupun sudah diurut, kesakitan tersebut akan terasa semula selepas beberapa hari.

Moga2 ada sedikit manafaat pada semua readers... Wallahu'alam...

Friday, July 4, 2014

Amalan Zikir, Kenapa 44 Hari?

Ada dikalangan readers yg telah saya berikan saranan dan panduan utk mengamalkan amalan zikir selama 44 hari. tetapi  tiada sesorg pun yg bertanya kenapa 44 hari? ada juga yg amalan 7 hari, 14 hari, 21 hari, itu saya berikan bergantung kepada tahap seseorg itu atau kemampuan seseorg itu berbuat amalan tersebut.

Saya bukan rahsia knp 44 hari. Amalan 44 hari ini adalah ciptaan rekaan saya sendiri semata2. 44 hari ini merupakan suatu tempoh masa yg panjang sebenarnya jika ianya melibatkan suatu amalan. Akan terasa lama sgt pada kita walhal, pejam celik pejam celik dh abis 44 hari.

44 hari itu hanyalah sebagai permulaan kita melakukan satu2 amalan, sebenarnya amalan itu patutnya dilakukan lebih lagi dr 44 hari, jika boleh sebenarnya, lakukanlah amalan itu sehingga kita menghebuskan nafas yg terakhir. Apabila hati dan jiwa kita ini dilatih melakukan satu2 amalan secara berterusan dan istiqomah tanpa mengharapkan suatu balasan pun dari Allah, insyaAllah, hati dan jiwa kita ini akan secara automatik meneruskan amalan itu tanpa kita sedari...

Ianya seperti sudah menjadi darah daging kita, sepertinya sudah menjadi makanan harian kita. satu hari kita x makan kita akan menjadi lemah dan resah. begitu juga sekiranya suatu amalan itu kita lakukan dlm tempoh yg panjang, kita juga akan merasa lemah dan resah. sedaya upaya kita akan lakukan juga amalan itu. kadang2 tanpa kita sedari, jari jemari kita bergerak2 seolah2 kita sedang mengira biji2 tasbih.

dan dari situ jugalah bermula, kita mengucapkan perkataan dan membicarakan perkara yg baik2 sahaja. walaupun suatu perkara itu dilihat sebagai sesuatu yg buruk dan x elok, tetapi hati kita akan cepat melihat perkara2 itu dari sudut yg berlainan dan positif...

Wallahu'alam...

Friday, June 27, 2014

Ramadhan

Assalam... Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada readers semua. Andai terdapat kata2 yg tertulis dalam blog ini menyinggung perasaan saya memohon maaf. Tiada niat lain kecuali untuk peringatan bersama.....

Pernahkah anda pembaca sekalian mendgr kisah atau menghadapi sendiri kejadian kerasukkan, perbuatan org dan yg seumpamanya berlaku pada bulan Ramadhan? Sedangkan apa yg kita tahu, iblis dan syaitan ini di ikat di belenggu dari mengganggu manusia... Kenapa masih juga terjadi? Apakah Allah dan Nabinya berbohong? Berbohong? Tidak mungkin sekali-kali.... Allah dan Nabi Muhammad itu bukan seperti kita ini yg kerap kali berbohong...

Jadi, apakah yg sebenarnya? Pada pendapat saya, yg dibelenggu yg dirantai itu adalah sifat iblis dan syaitan itu daripada menghasut manusia supaya tidak menjalankan ibadah kepada manusia. Jadi di dalam bulan puasa sekiranya masih ada lg yg x berpuasa x solat x besedekah, masih ada dengki khianat, iri hati itu adalah semata2 dari sikap dan tabiatnya sendiri yg tidak lagi bercampur baur dgn hasutan2 iblis dan syaitan....

Sbb itulah juga, bagi mereka yg ada saka, dalam bulan puasa pun sakanya tetap ada... x hilang pun. Sebab itulah juga masih ada juga kes2 histeria, kerasukan di dalam bulan puasa... dan dalam bulan puasa masih boleh terjadi jgk yg disantau atau terkena perbuatan org yg dengki dan khianat....

Wallahu'alam....

Sunday, June 15, 2014

Apa Ada Dengan Mentera??

Paling banyak readers membelek2 post 'Mentera'... apa yg seronok disitu? ke readers sedang mencari sesuatu? habaq mai la, jgn malu2... Hehehe...

Mentera ini pada pandangan peribadi saya hanya seperti doa sahaja sebenarnya, ayat2nya disusun rapi dan indah seperti seloka dan pantun. Mentera itu tidak salah selagi ia tidak bertentangan dengan hukum syarak. Yang menjadikan mentera itu khurafat dan syirik adalah apabila ada diselitkan dgn perkataan2 atau ayat2 tertentu seperti pemujaan, atau suatu bentuk meminta bantuan lain seperti bantuan dari jin seperti contoh :

Topo Topan Anak Datuk Di Atas,
Aku Tahu Asal Engkau Jadi.......

Anak Datuk Di Atas, ianya merujuk kepada yg orang melayu panggil Hantu Tinggi, Hantu Galah, Orang Tinggi dll  lagi...

Andai anda antara readers ada terdengar perawat menggunakan jampi serapah atau mentera sebegini nasihat saya silalah menjauhkan diri.... Wallahu'alam....

Tuesday, June 10, 2014

Soalan Cepu Emas

Disini saya copy paste kan post saya di Thread cari.com.my untuk yg mengikuti penulisan saya melalui blog ini sahaja... 

Ada yg pernah bertanyakan kepada saya satu soalan yg saya susah nak menjawabnya, tapi saya jawab jugalah hentam kormo... huhuhuhuhu

Soalan : Cukupkah hanya dengan membaca Al-Fatihah dan Al-Ikhlas itu menghalau jin(jahatdan kafir), iblis dan syaitan? Sebab biasanya pak ustaz - pak ustaz yg membuat rawatan secara kaedah Islam ini membaca ayat yg berbagai2, panjang2...


Termenung juga sekejap, mcm manalah nak jawab soalan ni, sbb saya bukan pak ustaz, bukan hafiz Al_Quran... Hanya manusia biasa ala-ala cap ayam gitu..

Jawapan : Bagi mereka yg memahami apa yg terkandung tersurat dan tersirat dalam surah Al-Fatihah dan A-Ikhlas itu pada saya sudah cukup bagi menghalau atau menhapuskan jin(jahat dan kafir), iblis dan syaitan... Kerana jangan kita lupa Al-fatihah itu penghulu segala ayat ,Penghulu mestilah Power, sbb tu dalam Al-Quran tempatnya di permulaan Surah, Al-Fatihah juga merupakan ayat2 doa, ayat2 peringatan..... Al-Ikhlas pula merupakan ayat mengEsakan Allah Ta'ala, ayat peringatan kepada semua makhluk bahawa Allah itu yg berkuasa atas segalanya.... Wallahu'alam... 

Penerangan di atas adalah sekadar mengikut pemahaman saya yg serba daif dan jahil ini....

Saturday, June 7, 2014

Mentera

Disini saya post kan contoh mentera untuk tujuan menanggaukan seseorang yang anda idam-idamkan. Yang mebuatkan anda tidak tidur malam asyik terkenang2. Tetapi saya tidak akan post kan sepenuhnya kandungan mentera ini. Hanya bertujuan untuk pengetahuan sahaja.

HI DI WADI MANI MAKNIKAM
AKU TAHU ASAL ENGKAU JADI
TERLETAK DI DALAM PETI-PETI
DALAM XXXXXX XXXXXXX XXXXX MAKRIFATULLAH

LUPA SI DIA (NAMA ORANG YG DITUJU) BAJU DI BADAN
BARU LUPA AKAN DAKU

LUPA SI DIA(NAMA) XXXX XXXXXXX
BARU LUPA AKAN DAKU

SATU HITAM TIDAK BERCAMPUR PUTIH

SEKALI KUN JADI AKAN ALLAH
AKU TIDAK XXXXXX XXXX XXXXX
ENGKAU TIDAK XXXXXX XXXX AKU

AKU SUJUD KEPADA ALLAH
ENGKAU SUJUD KEPADA KU

BERKAT KATA LAILLAHAILLALLAH MUHAMMAD RASULLULLAH

Mentera ini boleh mengakibat yg dituju tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah. Malahan yang lebih parah yang dituju akan datang kerumah merayu2 untuk diambil menjadi kekasih atau isteri... Wallahu'alam....

Untuk renungan bersama...

Friday, June 6, 2014

Kejujuran

Ya kejujuran. Kejujuran memang penting dalam apa jua urusan kita didunia ini, terutama jujur dengan diri sendiri. Kejujuran itu merupakan kunci bagi kita untuk menempuh ujian dari Allah Ta'ala... Kejujuran juga penting bagi kita yg ingin menembus alam ghaib. Kerana kejujuran itu datangnya dari Hati Sanubari kita.

Kepada perlu kita menipu? Takut ada yg terasa hati sebab itu kita menipu? Atau untuk menyelamatkan diri dari ancaman? Atau untuk mendapatkan sesuatu seperti harta benda dan wang ringgit? Atau untuk mendapat kedudukan yg tinggi di mata masyarakat? Macam mana pula kedudukan kita di mata Allah?

Sudah terbongkar tembelang kita masih juga kita mahu menipu? Aduhai manusia.. Inilah manusia. Antara sifat2 asal manusia.

Betapa sakitnya hati orang yg kita tipu itu. Tidakkah mereka yg menipu/tidak jujur itu merasakan sesuatu di dalam dirinya apabila dia menipu? Apatah lagi penipuan itu 'kantoi'. Tiadakah rasa bersalah dan malu terhadap org yg dikelentongnya itu?

Belajarlah apa ilmu sekali pun, jika tiada kejujuran di dalam hati kita, tiada apa yg akan kita dapat. Hanya sampah sarap sahaja yg akan didapati.

Wallahu'alam...

Thursday, June 5, 2014

Sikap

Kali ini saya ingin membuat catatan berdasar sikap. Sebahagian kecil sikap pesakit yg perlu diubah dan dibetulkan semula niatnya.

Ada sesetengah pesakit itu akan mencemik bibir atau membuat muka apabila disarankan untuk menggunakan ayat2 Al-Quran seperti Al Fatihah dan Al Ikhlas. Seolah2 memperlekehkan kekuatan ayat2 tersebut. Pada mereka ini, "ah.. kalau ni jer ayatnya aku pun tahu, hari2 jugak dibaca". Mereka hanya membaca tetapi tidak memahami ayat2 tersebut. Tahu maksud dan memahami adalah perkara yg berlainan. Nak tahu maksud bukan susah buka saja tafsir Al-Quran, nah dah dapat pun maksudnya.

Tetapi yg penting kita memahami ayat2 tersebut.Selepas memahaminya kita mengamalkannya. Dengan Penuh keyakinan terhadap Allah. Kalau kata2 Allah dalam ayat2 itu dianggap biasa2 ajer, jadi adakah ayat2 yg lebih baik dari kata2 Allah?

Itu merupakan salah satu punca kenapa satu2 penyakit itu tidak sembuh. Tidak diizinkan Allah. Kerana meragui ayat2 Allah. Seperti contoh yg mudah: Kita tidak mempercayai kawan kita itu tetapi kita masih mahukan bantuan dari kawan kita itu. Mahu ke kawan kita tu membantu kita?

Saya xder ayat lain untuk digunakan bagi mengubati apa jua jenis penyakit yg berkaitan. Saya hanya menggunakan Surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas dan kadang2 Ayat ke 9 Surah Yassin. Tidak kisahlah membuang saka ke, mengubati orang yg terkena buatan orang ke, disampuk dek syaitan ke, membuang susuk ke? Itulah juga ayat2nya. Asalkan kita tahu apa tujuan penggunaan ayat2 itu. Asalkan Lillahi Ta'ala.... Dan pesakit perlulah membuat suatu amalan proses perubatan itu menjalan terus "Non Stop". Mudah2an dipermudahankan oleh Allah. Wallahu'alam....

Keramat Vs Karomah

Assalam kepada sekalian pembaca. Sudah beberapa tidak update di blog ini dek kerana kesibukan.

Apaah yg anda tahu berkenaan dengan perkataan KERAMAT? Pastinya kita biasa mendengar perkataan ini. Dan kebiasaannya akan dikaitkan dengan perkara2 seperti, kubur keramat, keris keramat, cincin keramat dan pelbagai lagi yg menjurus kepada sesuatu perkara yg hebat dan mistik yg tidak terjangkau oleh pemikiran manusia dan  apabila kita berbuat sesuatu amalan dgn perkara2 keramat ini akan mendatangakan keberuntungan.

Pada saya, KERAMAT itu berasal dari perkataan KAROMAH. KAROMAH ini hanya dimiliki oleh manusia2 terpilih yg digelarkan sebagai WALI ALLAH. Wakil kepada ALLAH mengantikan peranan NABI dan RASUL selepas dijanjikan oleh Allah bahawa tiada lagi NABI dan RASUL selepas NABI MUHAMMAD S.A.W.

KAROMAH ini berada dibawah dari MUKJIZAT yang mana MUKJIZAT ini hanya dikhaskan buat NABI dan RASUL sahaja. Seakan2 tetapi tidak sama. Kerana KHOROMAH ini tidak sesenang untuk digunakan oleh para WALI2 ALLAH kecuali dalam keadaan tertentu. 

Sebagai contoh, KAROMAH Saidina Umar Al-Khatab, diriwayatkan : Suatu hari, berlaku gempa bumi di Madinah. Sewaktu itu Saidina Umar memegang teraju pemerintahan sebagai Khalifah setelah kematian Saidina Abu Bakar. Ketika bumi sedang bergetar, Saidina Umar menghentakkan tongkatnya ke tanah lalu berkata, “Wahai bumi, tenanglah kamu. Apakah aku tidak berlaku adil di atasmu?” Dengan izin Allah, serta-merta gempa bumi terhenti.

Dan banyak lagi cerita2 yg berkaitan dengan KAROMAH ini yg boleh anda cari atau 'google'. Yg kita cari bukanlah keseronokkan membaca riwayat itu, yg kita cari adalah ALLAH yg menganugerahkan KAROMAH itu kepada Wakil2Nya. Semestinya bukan sebarangan orang yg dipilih oleh Allah.

Mudah2an menjadi panduan sedikit sebanyak dalam kita menempuhi Dunia penuh ranjau ini. Wallahu'alam....

Monday, June 2, 2014

Sewaktu Masa dahulu

Semasa saya berumur lebih kurang 10 tahun. Seperti biasa saya akan tidur di rumah nenek saya jika cuti sekolah atau kadang2 cuti sabtu ahad.

Nak dijadikan cerita saya tidur disebuah satu bilik dirumah nenek saya. Malam itu bulan penuh, cuaca malam itu cukup2 menenangkan dan aman damai. Sinaran yg begitu terang memancar masuk ke dalam bilik, maklumlah rumah kampung.

Saya sudah lena tidur, tiba2 mengejut bangun dan terlihat sekujur tubuh yg besar, bersayap dan bertanduk duduk bertinggung dihujung katil saya. Pada mulanya saya ingat cuma permainan mata sahaja sebab baru terjaga. Tapi pada masa yg sama jantung saya dah berdegup kencang, nafas turun naik, badan terasa dingin.

Saya penjamkan mata, dan kemudian membuka semula mata, memang betul makhluk itu masih ada, masih disitu memandang tepat ke arah saya. Seram, badan mengigil ketakutan. Memang jelas kelihatan kerana bulan cerah cahaya bulan membolehkan saya melihat secara keseluruhan makhluk tersebut.

Saya tidak dapat nak tidur lagi selepas itu sehinggalah matahari terbit, badan kaku, takut utk saya menggerakkan walapun semilimeter anggota tubuh. Diam sahaja. Itulah pengalaman pertama saya melihat makhluk halus yg hadir dalam keadaan yang nyata.

Peristiwa ini tidak saya ceritakan sehinggalah saya berumur 28 tahun... Sehingga kini saya masih tertanya2 makhluk apakah yg datang kepada saya pada malam itu, wpun ada yg mengatakan makhluk berkenaan adalah berkait dengan keturunan saya. Tetapi itu kali pertama dan terakhir saya melihatnya. Walaupun saya boleh serba sedikit berkaitan dgn hal2 ghaib ini tetapi apabila melibatkan diri sendiri memang x boleh... Wallahu'alam..


Melihat Yang Ghaib

Saya tertanya2 kenapa ada orang suke sgt bila bercerite tentang perkara2 ghaib. Terutama bab jin, bunian, hang tuah, hang jebat, roh para wali, roh para sahabat dan bermacam2 lagi.

Bukan kata orang lainlah, saya pun begitu juga sebelum ini. Sebenarnya ia lebih kepada keseronokan, macam kita tengok citer wayang X-Men, Thor, Star Wars, Underworld dan banyak lagi. Cerita2 seram, cerita2 science fiction... Lagi mengarut cerita itu, lagi merapu cerita itu semakin seronok kita tengok.

Begitu juga halnye dengan perkara ghaib dan mistik ini. Kebanyakkan menganggap seperti suatu hiburan, keseronokkan mendengar cerita dari seseorg yg kononnye arif dalam hal2 begini dan bagi yg terlalu taksub pula lain pulak ceritanye. Hentam kromo mengamalkan sesuatu yg tidak diusul periksa terlebih dahulu dari hukum syaraknya. Ada amalan mentara, yg kebanyakkannya tidak difahami maksud sebenarnya, tapi pengamal main hentam sebut ajer.. main pakai amal ajer...

Apa yg seronoknye dapat melihat yg ghaib ini? Nak dapat kehebatan? Nak dapat imbuhan? Nak dapat harta karun? Boleh tarik duit?

Adalah lebih baik mencari jalan bagaimana mengenal Pencipta kite. Dialah yg Maha Ghaib. Segalanya dalam gengaman Dia. Kenapa bukan itu yg cari? Ni tidak yang dicari Puteri Mayang Mengurai, Hang Tuah, Tok Putih, Tok Hitam dan bermacam2 nama lagi.

Janganlah kita mudah terleka dan terlena dibuai perkara2 yg tidak mendatangkan manafaat utk diri kita di dunia dan juga yg paling penting di akhirat. Dua perkara sahaja akan membolehkan kita ke syurga iaitu, Syafaat Nabi Muhammad dan juga Rahmat Allah.....

Dan yg perlu kita tau bagaimana untuk mendapatkan Syafaat Nabi dan bagaimana untuk mendapatkan Rahmat Allah.... Wallahu'alam.....

Saturday, May 31, 2014

Kisah & Teladan IV

Pada suatu hari... (Kejadian pada pertengahan tahun lepas) datang seorg yg agak berumur ke rumah meminta pertolongan untuk mengembalikan isterinya yg sudah lari dgn lelaki lain.

Berceritalah dia berkenaan masalahnya kepada saya. Jadi saya katakan kepadanya. Kalau tidak silap saya sebenarnya begini begini dan begini... Betul ke bang? Dgn riak muka yg berubah dia menidakkan kata2 saya. X mengapalah, kata hati saya.. aku pun bukan pandai mane pun... salah tengok ler ni...

Di unjukkan saya sekeping gambar. Nak buat apa gmbr ni? Tanya saya. Katanya mana tau saya nak guna gambar sbb biasa org2 lain guna gambar kalau nak buat apa2... Saya katakan kpdnya. Saya x memerlukan gambar.

Maka bertanyalah dia lagi, jadi nak buat mcm manelah ni? Dengan tiba2 seolah2 saya terdgr suara berkata "Yang diceritakan bohong, Yg disampaikan pun bohong"... Saya mulanya betul2 tidak faham apa maksud suara itu... Saya abaikan... Terus saya minta org itu td mengamalkan beberapa amalan utk dia amalkan selama 7 hari berturut2... selepas 7 hari dtg semula kata saya...

Dengan mimik muka yg semacam tidak berpuas hati, dia pun berkata, ni nak kena bagi duit jugak ke? Saya katakan x payahlah kalau rasa keberatan.. Lagipun bukan ada saya berbuat apa pun... lalu dihulurkan sekeping not RM50..

Maka berlalulah org itu meninggalkan rumah saya... Malam itu saya bertemu seorg rakan, rupa2nya dia yg menunjukkn rumah saya kepada org itu. Katanya ada urusan dgn saya nak minta bantuan sikit. Bercerita jugalah kawan saya itu lg. " siap dia tanye lagi bang, Orgnya ni POWER ke tak?".. abis ko jawab aper? "Saya jawab, power x power x taulah, nak berikhtiar bolehlah cuba".. OOOOOO

Selepas 7 hari org tersebut tiadalah datang2 lagi, dan berita seterusnya yg sy dapat, rupenya2 yg diceritakan pada saya perihal isterinya itu hanya 20% sahaja yg betul, yg lainnya dia belit2...

Maka fahamlah saya akan maksud. "Yg diceritakan bohong, yg disampaikan pun bohong".... Org itu bercerita bohong dgn saya, maka panduan yg saya berikan pun jadinya bohong....

Aduhai.... macam2 ragam manusia... Moga2 menjadi pengajaran kpd kita... Wallahu'alam...

Thursday, May 29, 2014

Mandi Limau

Ada yg bertanya kpd saya.... kenapa kena mandi limau? x mandi limau x boleh ke?

Jawapan yg saya berikan:

Sebenarnya tidak menjadi masalah kalau x nak mandi limau. mandi air biasa tanpa campuran limau pun xder masalah sebab yg menyebuhkan sesuatu penyakit itu hanya Allah..

Tetapi anda perlu ketahui tiada sesuatu yg Allah jadikan tiada faedahnya. Tiada kegunaanya... Cuba anda ambil limau nipis, anda hiris2 dan dijadikan campuran dalam mandian anda. Pastinya anda akan berasa tubuh badan anda menjadi segar, disamping baunya yg harum.

Begitu juga, cuba anda ambil limau nipis, di potong kemudia di gosok2 di kulit kepala. Terasa segar kulit kepala anda disamping dpt membuang kelumumur.

Bau limau itu juga sebenarnya menjadi kepantangan pada sesetengah golongan Jin... (Ini mengikut kefahaman saya semata-mata)

Apabila tubuh kita berasa segar, otak kita pun akan memproses maklumat dan memberitahu anggota badan yg lain bahawa " yuhuuuu kawan2 semua, kita semua dah segar skrg ni, penyakit pun dah xder dah'

Walaubagaimanapun... Sejauh mana kebenarannya Wallahu 'alam... Anda cuba kemudian anda akan tahu.

Tarik Duit

Ada juga sahabat dtg berjumpa dgn saya, dikhabarkan oleh sahabat ini, bahawa dia ada projek baik.. nak pergi buat tarik duit dgn seorg guru hebat... dibawa juga 'barang' ampuh yg hendak digunakan sebagai perantaraan utk menarik duit ini...

setelah melihat, membelek2 brg tersebut, saya katakan... ini barang tinggal pusaka... tujuannya lebih kpd perubatan bukan utk buat tarik duit... x boleh ni...

Sahabat itu mengatakan pula.... Guru ini ckp barang ni dh cukup bgs cuma perlu diupgade lg... guru itu menambah lg... kalau buat skrg ni, duit yg boleh di tarik setakat ratusan ribu shj.... tp kalau di upgrade boleh tarik puluhan juta...

saya katakan kpd sahabat... apa yg kau buat skrg ni aku dh buat dh dulu... hati2lah... cuma aku nak ko berfikir secara tenang dan waras, jgn ambik ht dgn apa yg akan aku katakan... cuba ko fikir2... ratusan ribu itu sedikit ker? dlm kertas angka ratusan ribu nmpk mcm sikit... cuba kalau btl2 depan mata... penuh meja ooooo...

Katakanlah ko teruskan jugak hasrat ko ni nak gi wat tarik duit... pergilah, cumanya sekali lg aku berpesan, andai kata masa buat kerja nanti, tiba2 guru tu kata, aduhhhh duit dh nak turun tp x dpt nak turun sbb, kurang peralatan, minyak wangi x cukup power, ada jemaah wah hal, kita dah kena dam... saya nasihatkan... angkat kaki... blah... penipu tu semua...

Wallahu 'alam... mudah2an boleh dijadi panduan dan pedoman...


Guru2 hebat yg dikatakan boleh buat tarik duit ini, hebatnya bila bercakap ia cukup meyakinkan.. Baru kite kenal dh yakin betul kite... Jgn terpedaya yer tuan2/puan2... Magic Show... Ada jemaah tarik duit ni kerugian hampir RM100,000 dek kerana percayakan guru tarik duit ini... Mengharapkan duit bernilai jutaan ringgit turun.... tau2 duit dlm poket, dalam simpanan yg habis....

Wednesday, May 28, 2014

Susuk

Pada zaman2 nenek moyang kite dulu memang dah menjadi amalan mereka untuk memakai susuk... baik perempuan mahu pun lelaki.... yg perempuan biasanya memakai susuk untuk mendptkan jodoh... awet muda... untuk maaf cakap mengetatkn faraj, supaya suami x cari lain.... yg lelaki memakai susuk untuk menjadi jaguh... utuk kuat bekerja... Zaman moden seperti skrg ni pun masih ada yg mengamalkan pemakaian susuk.

Pengalaman saya dlm mengeluarkan susuk ini adalah sebanyak 2 kali sahaja.

1. Mengeluarkan susuk stainless steel, tujuan memakai susuk adalah untuk menguatkan sendi bg kerja2 berat.. Saya bersalam dgn pesakit tersebut seperti bersalam dengan ragum... dipendekkan cerita, setelah bersungguh pesakit hendak mengeluarkan semua susuknya (13 susuk), saya yakinkan dalam hati yg saya boleh mengeluarkan susuk tersebut wpun sebenarnya saya tidak tahu bagaimana hendak mengeluarkannya. Saya berdoa minta petunjuk dgn Allah semoga ditunjukkan jalan bagaimana hendak mengeluarkan susuk tersebut. Di izinkan Allah saya berjaya mengeluarkan salah satu dr susuk yg 13... iaitu ibu susuk dibadan pesakit tersbut... sebaik tercabut keluar shj susuk tersebut, kelihatan seakan2 asap kuning kehitaman keluar dari tubuh pesakit. dan saya katakan kepada pesakit, InsyaAllah mlm nanti akan datang seseorg yg akan mengeluarkan 12 btg susuk lagi...

Ahamdulillah, keesokkan harinya, pesakit menceritakan semula kepada saya bahawa, mlm td semasa tidur dia merasakan seseorg telah datang dan mencabut 12 batang susuk yg masih tertinggal...

2. Mengeluarkan susuk emas dr seorng nenek yg berusia lebih 60 tahun... Tujuan memakainya adalah untuk mendapatkan jodoh.. Selama hampir 2 jam, baru saya berjaya mengeluarkan susuk tersebut. kerana susuk ia adalah lain dari yang lain... susuk ini tiada pantang langsung, pemakai tidak perlu risau susuk ini akan terkeluar sekiranya dia lalu dibawah ampaian, makan tebu hitam atau memakan labu.

Sebaik sahaja berjaya susuk itu dikeluarkan, jin yg menjaga susuk tersebut, meresap masuk ketubuh saya dan apa lagi dia memaki hamun semua yg ada di situ, dia mengatakan aku sudah 7 keturunan berada disini, siapa kamu semua untuk mengganggu aku... Saya hampir2 tewas... tetapi oleh kerana perlindungan dari Allah Ta'ala saya mengengam erat susuk itu, dicelah2 kepekatan malam yg tiada bercahaya, saya dan 2 org rakan menerjah masuk kedalam kebun sawit, dan akhirnya berjumpa parit, dan disitulah saya campakkan susuk tersebut dan saya katakan disinilah kau akan bersemadi hingga kiamat kelak, kau tiada lg urusan dgn si pesakit dan juga kaum keluarganya begitu juga dgn keturunannya....

Wallahu'alam..... mudahan2 boleh dijadikan panduan dan pedoman.....

Tuesday, May 27, 2014

Amalan

Tuan-tuan,

Mudah-mudahan anda semua dilindungi Allah jua sepanjang masa.

Berkaitan dengan amalan, yang kebiasaan amalan yang kita amalkan adalah berbentuk zikir. Amalan zikir itu tiada masalahnya jika diamalkan kerana Lillahi ta'ala. Tetapi sekiranya amalan zikir itu dilakukan untuk kerana sesuatu yang lain, dikuatiri anda akan tersesat dek kerana diasyikkan ketika melakukan amalan tersebut.

Anda akan terpedaya dengan kemanisan yang diberikan ketika berzikir. Anda akan terpesona dan kemudian menjadi alpa. Apakah anda merasa amalan zikir anda sudah hebat sekiranya anda dapat merasakan diri anda seolah-olah terangkat, anda dapat menebusi alam ghaib, anda merasakan diri anda dibawa berjalan melihat istana, kemudian anda sendiri mengatakan dalam diri, ohh inilah istana bunian.

Atau anda didatangi oleh mahkluk halus dan mengaku dirinya Wali Songo, Kanjeng Sunan Kali Jaga katannya, yakinkah anda, mungkin anda dikalangan anda yang akan terus percaya dan terus mengatakan semalam waktu aku berzikir, aku didatangi oleh Sunan Kali Jaga. Berhati-hati anda semua kerana barang diingat, syaitan dan iblis itu mampu merubah bentuk kepada sesiapa sahaja kecuali Nabi.

Jika ingin beramal dengan zikir, setiap kali anda terasa diri anda terangkat-angkat, terasa diawang-awangan, Istighfar banyak-banyak, minta pertolongan dari Allah sekira apa yang aku alami sekarang ini hanya permainan iblis dan syaitan, jauhkanlah ya Allah. Sekiranya benar ya Allah, jauhkanlah aku dari ilmu yang tidak bermanafaat. Wallahu 'alam..

** Ini hanyalah sekadar pendapat dan peringatan peribadi semata-mata.

Monday, May 26, 2014

Keturunan

Terdapat segelintir orang dalam masyarakat kita terutama masyarakat melayu ada yang terlalu mengagungkan keturunan. "Kalau korang nak tau,aku keturunan pendekar" dengan penuh bangga bercerita perihal keturunan mereka.

Apa yang hendak dibanggakan dengan keturunan sedang yg Allah pandang cumalah keimanan seseorang itu, biar anda berketurunan lanun sekali pun. Kemudian ada yang bangga dengan penjaga keturunan aka saka. Seolah-olah penjaga itulah yang memberikannya kesenangan atau jaminan keselamatan selama ini.

Lupakan anda bahawa Allahlah yang memberikan rezeki, Allah jua yang menjamin keselamatan anda sekeluarga. Ada juga yang tidak memiliki 'penjaga' tetapi oleh kerana kurangnya ilmu, mereka ini mahu memiliki penjaga, mereka mau kononnya untuk tembus melihat alam ghaib. Apakah untungnya memiliki penjaga dan melihat alam ghaib jika sekadar untuk seronok bercerita dengan orang lain? Apakah ianya mendatangkan hasil?

Ada yang juga sanggup menjamu penjaga ini, dengan pulut kuningnya, dengan telur rebusnya, dengan ayam goleknya. Itu semua makanan jinkah? Rasanya tidak. Itu makanan manusia. Diletakkan ditepi perigi butalah, di pinggir hutan, dipinggir belukarlah, ditepi pantailah, apa semuanya ini? Saya betul-betul tidak memahaminya. Nenek moyang kita dahulu berbuat semua ini kerana kurangnya pengetahuan tentang Islam, kadang-kadang bercampur-campur amalan kurafat dengan amalan Islam.

Sekali lagi saya nyatakan disini, janganlah bangga sangat dengan keturunan kita, terasa hebat apabila memiliki penjaga keturunan, semua itu akhirnya akan menyesatkan kita. Tiada faedahnya. Wallahu'alam..

Saturday, May 24, 2014

Kisah & Teladan III

Terima kasih kepada yang sudi membaca penulisan di dalam blog ini.

Tersebutlah kisah pada suatu hari, seorang sahabat bertemu dengan seorang yang dikatakan berilmu. Sahabat ini kebetulan membawa sebotol minyak wangi yang telah pun di "isi". Tujuannya untuk pewangi badan selain daripada tujuan membuatkan orang sekeliling mudah rapat dengannya dengan Izin Allah jua.

Tujuan sahabat bertemu dengan orang berilmu ini adalah untuk urusan jual beli barang-barang pusaka dan mistik. Setelah berbincang dan meletakkan berbagai syarat untuk memulakan urusan, tiba-tiba orang yang berilmu tersebut menegur sahabat tadi.

"eh, ko ade bawak minyak ni. Minyak air mata ikan duyung ni. Mana ko dapat?"

Sahabat tersenyum seraya berkata

"mana ada bawak minyak apa2."

"jangan ko tipulah. aku tau ni, ni minyak air mata ikan duyung"

Walhal sebenarnya minyak itu adalah minyak wangi yang berharga RM5, dan telah dibaca beberapa ayat dan doa mustajab moga-moga diizinkan Allah.

Nah.. Tuan-tuan semua lihat, betapa manusia sekali lagi membuktikan dia boleh terpedaya walaupun dikatakan berilmu. Tertipu dek ilmunya sendiri. Mengaku pandai tapi hakikat sebenarnya..... Wallahu'alam... Sama-sama kita berfikir sejenak.

Akal Fikiran

Manusia telah dibekalkan oleh Yang Maha Pencipta dengan akal fikiran. Oleh itu berfikirlah secara rasional dan wajar bagi setiap sesuatu yang disampaikan kepada kita, terutama bagi sesuatu perkara yang kurang jelas. Jangan terlalu mudah untuk kita mempercayai sesuatu perkara itu tanpa kita usul periksa terlebih dahulu. Asalkan bunyinya sedap didengar ajer kita pun terus percaya. Asalkan nampak hebat jer kite terus yakin.

Tetak dengan parang tajam tak putus, uuuuuuuuuu... Kebal dia ni. Ramas-ramas daun tiba-tiba keluar batu cincin. uuuuuuuu... boleh tarik barang ghaib dia ni. Hebat tu.... Alahai tuan-tuan semua, David Copperfield boleh buat magik lagi macam-macam. David Blane pun sama. Tukarkan air jadi duit lagi, perghhhhh lagi hebat. Tapi itu semua "Illusion" atau ilusi. Mata kita dipermainkan, fikiran kita dipermainkan. Sebab sudah menjadi lumrah penciptaan manusia ini, mudah diperdayakan. Itu dah kerja dia, buat ilusi atau magik untuk pendapatan hidup mereka.

Tapi bagaimana pula dengan mereka yang menggunakan nama Allah, nama Rasul, nama para Sahabat, nama para Wali untuk mendapatkan hasil? Wallahu'alam... Sama-samalah kita berfikir.

Serkap Jarang

Terdapat etika yang tidak tertulis dalam bidang perubatan ini. Iaitu salah satu daripadanya JANGAN SESEKALI SERKAP JARANG. Cukup-cukup merbahayakan. Kenapa? Saya beri contoh yang mudah, suatu kisah yang kebiasaannya akan dilakukan oleh pesakit dan pengubat:

Pesakit : Tok, saya datang ni ada hajat.

Pengubat : Apa hajat encik?

Pesakit : Saya dapat tau dari kawan saya yang Tok ni boleh mengubat penyakit misteri, jadi saya datang ni nak berubat dengan Tok, tubuh saya ni selalu lemah-lemah, kerja pun makin hari makin malas. Saya dengan isteri sentiasa berperang, rumah jadi panas semacam jer. Perniagaan saya merosot. Waktu tidur asyik mimpi yang pelik-pelik. Dalam rumah selalu nampak kelibat-kelibat orang. Cuba Tok tengok-tengokkan apa masalah saya ni?

Pengubat : Hmmmmm baiklah, Tok cuba yer.

Pengubat diam seketika, memejam mata rapat, menumpukan fikiran, selang beberapa minit.

Pengubat : kamu ni kena buatan orang ni. Kat tempat kamu berniaga dan rumah kamu ada ditanam sesuatu.

Pesakit : Iyer ke Tok? Adoiiiilah patutlah teruk sangat saya skrg ni Tok. Boleh Tok ubatkan?

Pengubat : Hmmmmmm

Pesakit : Cuba Tok tengok saper dia yang duk buatkan saya ni Tok. Kurang ajar betul.

Kemudian berkumat kamitlah mulut Pengubat dengan bacaan yang sekejap boleh didengar sekejap tidak boleh didengar, berselang seli.

Pengubat : Ohhh... Orangnya bukan orang jauh. Orang dekat ajer ni. Orangnya tinggi-tinggi, kulit cerah, rambut ikal-ikal. Selalu jumpa dengan encik.

Opppsss.. Kita berhenti setakat disini dialog drama di atas. Apa masalah disitu? SERKAP JARANG... Kan bahaya tu. Andai katalah ada seseorang yang seperti dikatakan oleh Pengubat tersebut tetapi bukan dia orangnya yang berbuat khianat terhadap Pesakit itu bukankah sudh mendatangkan fitnah? Tidak pasal-pasal kita bersyak wasangka, tidak pasal-pasal kita menuduh orang yang tidak bersalah. Kita sambung semual dialog :

Pesakit : Ooooo... dia tulah, patutlah sejak sebulan lepas lain macam jer saya tengok dia ni. Sial betul dia, siap kau. Tok tak boleh hentam orang ni macam mana yang dia buat kat saya?

Nah... anda semua nampak tak apa yang terjadi hanya kerana Pengubat SERKAP JARANG?  Sebab itu saya katakan tadi MERBAHAYA. Mudah-mudahan apa yang saya perkatakan ini mendatangkan manfaat kepada anda. Wallahu'alam....

Kisah & Teladan II

Alkisah berkenaan dengan pesakit. Ini pun suatu masalah juga. Datang dengan hajat untuk berikhtiar untuk sembuh dari penyakit tetapi di ajaknya si tukang ubat berbalah. Tidak menjadi masalah sekiranya ingin mengetahui sesuatu perkara itu dengan lebih terperinci. Tetapi jika datang sekadar untuk menguji si tukang ubat walhal diri sendiri sedang merana menangung penyakit, apa kebendanya tu?

Keyakinan si pesakit itu sebenarnya terhadap siapa? Si Tukang Ubat atau Yang Maha Esa yang mendatangkan dan yang akan menyembuhkan penyakit itu? Sekiranya si pesakit itu yakin bahawa si tukang ubat itu yang menyembuhkannya, anda kenalah mengucap semula. Sama juga hukumnya apabila si pesakit mempercayai doktor dan ubat di hospital, klinik atau farmasi boleh menyembuhkan penyakit. Segalanya itu hanya asbab sahaja. Dalam diri kita perlulah yakin dengan Allah bahawa Dialah yang mendatang dan menyembuhkan sesuatu penyakit itu.

Pernah terjadi banyak kali apabila saya datang untuk mengubati seseorang atau orang itu datang ke rumah saya. Saya dilihatnya atas bawah. Dengan lirikan mata dan bibir yang mencebik. Hmmmmmmm...."Ini ke rupa orangnya nak mengubat aku ni? Adui macam mat rempit ajer aku tengok." Mungkin itu yang bermain difikiran mereka ini. Biasnya mereka bertemu dengan orang yang berjubah, berserban atau paling tidak pun bersongkok atau berkopiah.

Jika anda "melihat" saya, jangan haraplah penyakit anda akan sembuh, tetapi jika anda "melihat" Allah, insyaAllah penyakit anda akan Allah sembuhkan. Bukanlah maksudnya, anda melihat saya seperti anda sedang melihat Allah, tidak sekali-kali. "Melihat" itu adalah yakin dengan kuasa Allah. Yakin bahawa Allah akan menyembuhkan penyakit anda, orang yang sedang anda berdepan sekarang hanyalah sekadar penyebab untuk anda sembuh. Tiada suatu pun perkara yang terjadi tiada bersebab kecuali Allah kehendaki terjadinya sesuatu itu tanpa sebab.

Mudah-mudahan apa yang diperkatakan ini kita renung dan kita timbang-timbang bersama. Wallahu'alam...

Friday, May 23, 2014

Kisah & Teladan

Bukan menidakkan dan bukan juga menafikan kepakaran seseorang yg berilmu terutama yg terlibat di dalam bidang perubatan alternatif atau perubatan Islam ini, tetapi berapa ramaikah yg terpedaya? Tidakkah anda yg pernah 'terkena' dgn mereka yg bergelar bomoh, pawang, dukun, tok guru, ustaz, pak kyai dan bermacam gelaran lg ini merasakan diri anda teraniaya? Manakan tidak, anda yg sedang dilanda masalah diminta membayar sejumlah wang, bukan sedikit malahan mencecah ribuan ringgit untuk satu2 sesi rawatan. Betapa kejamnya mereka yg bersikap demikian. Apakan daya anda bersungguh untuk sembuh sanggup berbuat apa sahaja walaupun terpaksa membayar dgn sejumlah wang yg banyak. Walau dimana ceruk ada saja anda dengar ada orang yg pandai anda pun pergi. Hujung2 nya anda terkena lagi.

Ada yg pernah terkena, "memagar" rumah servis caj yg dikenakan RM2,500. Apa yg dipagar sampai sedemikian caj yg dikenakan? Kalau pagar besi atau pagar tembok batu lainlah cerita. Ayat-ayat Al-Quran yg digunakan adakah Allah telah tetapkan harganya? Itu jika gunakan ayat Al-Quran, kalau yg gunakan mentera yg kita tidak tahu maksudnya apa macam?

Tangkal badan RM 500. Tangkal apa tu? Ooo boleh buat pemakai kebal, tahan api, tetak tak putus. Betul ke? Aduhai kenapa begitu jadinya. Kalau tidak dipakai nanti penyakit atau hantu setan akan datang balik. Lawak betullah. Tapi sebab kita nak sembuh kita pakai juga kita bayar juga. Kita terlalu mudah percayakan sesuatu apabila kita dalam kesesakan.

Tuesday, May 20, 2014

Membantu Anda Yang Memerlukan

Saya bukanlah menawarkan diri, atau cuba menonjolkan diri, atau cuba menunjuk-nunjuk yang kononnya saya ini hebat. Tidak sesekali-kali. Tiada lain yang hebat kecuali Allah sahaja.

Kepada sesiapa yang menghadapi masalah berkaitan dengan perkara-perkara mistik, seperti gangguan makhluk halus, mengesyaki diri seperti terkena buatan orang, perniagaan anda dari maju tiba-tiba jatuh menjunam, masalah saka keturunan, permasalahan belajar sesuatu ilmu tetapi tidak habis dan ianya menyebabkan anda menjadi kurang waras dan lain-lain seumpamanya. InsyaAllah, saya akan usahakan sedaya yng mungkin, dengan izin Allah mudah-mudahan dipermudahkan urusan dan anda akan sembuh.

Yang cuma perlu anda lakukan adalah yakin dan percaya bahawa dari Allah penyakit itu datang dan Allah juga yang menyembuhkannya. Tiada akan terjadi biar sesuatu perkara pun jika tidak diizinkan oleh Allah. InsyaAllah penyakit atau permasalah anda akan disembuhkan.

Saya tidak meletakkan apa-apa bayaran kepada anda, cukuplah sekadarnya tanpa ada rasa membebankan anda. kerana pada saya mudah sahaja, anda sedang dilanda masalah, adakah wajar saya membebankan anda lagi dengan meletakan harga pada bantuan yang saya berikan? Macam service charge pulak.

Ada dikalangan anda yang telah berhabis beribu-ribu ringgit, malahan ada yang puluhan ribu ringgit. Saya sungguh kasihan terhadap anda. Dan saya berasa meluat dengan sikap mereka yang suka menangguk di air keruh. Mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lg Maha Mengasihani....

"Kami menurunkan dari Al Quran itu suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.."-(Al-Isra', 17:82) - مَا أَنْزَلَ اللهُ مِنْ دَاءٍ إِلاَّ أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً “Tidaklah Allah menurunkan sebuah penyakit melainkan menurunkan pula ubatnya.”

Sesungguh tiada ada satu pun penyakit itu akan datang selain dari izin Allah jua. Tak kisah apa pun nama penyakitnya pun, sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, kanser dll ataupun penyakit yang kita selalu sebut sebagai mistik. Penyakit yang tidak tahu puncanya, hanya dengan tiba-tiba ianya terjadi. Kita selalu menyebut, keteguran, disampuk syaitan, buatan orang, santau, saka dan bermacam-macam lagi penyakit yang sekirannya dibawa ke hospital moden, menggaru kepala doktor yang merawat pesakit tersebut.

Hadis Aisyah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah di sihir oleh seorang Yahudi dari Bani Zuraiq yang bernama Labid bin Al-A'sham sehingga Rasulullah s.a.w merasakan seolah-olah melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh baginda. Pada suatu hari atau pada suatu malam Rasulullah s.a.w berdoa dan terus berdoa, kemudiannya bersabda: Wahai Aisyah, apakah engkau merasa bahawa Allah memberiku pertunjuk mengenai apa yang aku tanyakan kepadaNya? Dua Malaikat telah datang kepadaku. Salah satu di antara keduanya duduk di samping kepalaku, kemudian yang satu lagi duduk dekat kakiku. Malaikat yang berada di samping kepalaku berkata kepada Malaikat yang berada dekat kakiku atau sebaliknya (bercakap-cakap): Apa sakit orang ini? Yang ditanya menjawab: Tersihir. Seorang lagi bertanya: Siapakah yang menyihirnya? Yang satu lagi menjawab: Labid bin Al-A'sham Salah seorang bertanya: Di manakah sihir itu ditempatkan? Yang satu lagi menjawab: Pada sikat dan rambut gugur yang berada di sikat serta pundi-pundi yang diperbuat dari kurma jantan. Salah seorang bertanya: Di manakah benda itu diletakkan? Yang satu lagi menjawab: Di dalam telaga Zu Arwan. Aisyah menyambung lagi: Lalu Rasulullah s.a.w pergi ke telaga tersebut bersama beberapa orang sahabat baginda. Kemudian baginda bersabda: Wahai Aisyah demi Allah, seolah-olah air telaga itu berwarna inai (berwarna kuning kemerahan), kemudian pokok-pokok kurma yang ada di situ bagaikan kepala-kepala syaitan. Aku (Aisyah) bertanya: Ya Rasulullah, Mengapakah engkau tidak membakar saja benda itu? Rasulullah s.a.w menjawab: Tidak. Mengenai diriku, Allah telah berjanji menyembuhkanku dan aku tidak suka membuatkan orang ramai menjadi resah, kerana itulah aku menyuruh menanamnya. - Hadis Riwayat Muslim


Jadi kepada mereka yang tidak mempercayai bahawa kita ini boleh disihir maka dalil di atas adalah buktinya.