Pada suatu hari... (Kejadian pada pertengahan tahun lepas) datang seorg yg agak berumur ke rumah meminta pertolongan untuk mengembalikan isterinya yg sudah lari dgn lelaki lain.
Berceritalah dia berkenaan masalahnya kepada saya. Jadi saya katakan kepadanya. Kalau tidak silap saya sebenarnya begini begini dan begini... Betul ke bang? Dgn riak muka yg berubah dia menidakkan kata2 saya. X mengapalah, kata hati saya.. aku pun bukan pandai mane pun... salah tengok ler ni...
Di unjukkan saya sekeping gambar. Nak buat apa gmbr ni? Tanya saya. Katanya mana tau saya nak guna gambar sbb biasa org2 lain guna gambar kalau nak buat apa2... Saya katakan kpdnya. Saya x memerlukan gambar.
Maka bertanyalah dia lagi, jadi nak buat mcm manelah ni? Dengan tiba2 seolah2 saya terdgr suara berkata "Yang diceritakan bohong, Yg disampaikan pun bohong"... Saya mulanya betul2 tidak faham apa maksud suara itu... Saya abaikan... Terus saya minta org itu td mengamalkan beberapa amalan utk dia amalkan selama 7 hari berturut2... selepas 7 hari dtg semula kata saya...
Dengan mimik muka yg semacam tidak berpuas hati, dia pun berkata, ni nak kena bagi duit jugak ke? Saya katakan x payahlah kalau rasa keberatan.. Lagipun bukan ada saya berbuat apa pun... lalu dihulurkan sekeping not RM50..
Maka berlalulah org itu meninggalkan rumah saya... Malam itu saya bertemu seorg rakan, rupa2nya dia yg menunjukkn rumah saya kepada org itu. Katanya ada urusan dgn saya nak minta bantuan sikit. Bercerita jugalah kawan saya itu lg. " siap dia tanye lagi bang, Orgnya ni POWER ke tak?".. abis ko jawab aper? "Saya jawab, power x power x taulah, nak berikhtiar bolehlah cuba".. OOOOOO
Selepas 7 hari org tersebut tiadalah datang2 lagi, dan berita seterusnya yg sy dapat, rupenya2 yg diceritakan pada saya perihal isterinya itu hanya 20% sahaja yg betul, yg lainnya dia belit2...
Maka fahamlah saya akan maksud. "Yg diceritakan bohong, yg disampaikan pun bohong".... Org itu bercerita bohong dgn saya, maka panduan yg saya berikan pun jadinya bohong....
Aduhai.... macam2 ragam manusia... Moga2 menjadi pengajaran kpd kita... Wallahu'alam...
No comments:
Post a Comment