Terdapat segelintir orang dalam masyarakat kita terutama masyarakat melayu ada yang terlalu mengagungkan keturunan. "Kalau korang nak tau,aku keturunan pendekar" dengan penuh bangga bercerita perihal keturunan mereka.
Apa yang hendak dibanggakan dengan keturunan sedang yg Allah pandang cumalah keimanan seseorang itu, biar anda berketurunan lanun sekali pun. Kemudian ada yang bangga dengan penjaga keturunan aka saka. Seolah-olah penjaga itulah yang memberikannya kesenangan atau jaminan keselamatan selama ini.
Lupakan anda bahawa Allahlah yang memberikan rezeki, Allah jua yang menjamin keselamatan anda sekeluarga. Ada juga yang tidak memiliki 'penjaga' tetapi oleh kerana kurangnya ilmu, mereka ini mahu memiliki penjaga, mereka mau kononnya untuk tembus melihat alam ghaib. Apakah untungnya memiliki penjaga dan melihat alam ghaib jika sekadar untuk seronok bercerita dengan orang lain? Apakah ianya mendatangkan hasil?
Ada yang juga sanggup menjamu penjaga ini, dengan pulut kuningnya, dengan telur rebusnya, dengan ayam goleknya. Itu semua makanan jinkah? Rasanya tidak. Itu makanan manusia. Diletakkan ditepi perigi butalah, di pinggir hutan, dipinggir belukarlah, ditepi pantailah, apa semuanya ini? Saya betul-betul tidak memahaminya. Nenek moyang kita dahulu berbuat semua ini kerana kurangnya pengetahuan tentang Islam, kadang-kadang bercampur-campur amalan kurafat dengan amalan Islam.
Sekali lagi saya nyatakan disini, janganlah bangga sangat dengan keturunan kita, terasa hebat apabila memiliki penjaga keturunan, semua itu akhirnya akan menyesatkan kita. Tiada faedahnya. Wallahu'alam..
No comments:
Post a Comment