Aku Bukanlah Seorang Yang Alim, Jauh Sekali Alim Ulama'. Aku Bukanlah Seorang Bilal Apatah Lagi Seorang Kiyai. Aku Hanyalah Seorang Pencari Gaharu, Antara Langit Dan Bumi Dengan Pak Guru. Namun Terpanggil Jua Untuk Membantu Siapa Sahaja Yang Memerlukan Mudah-Mudahan Dengan Izin Allah DiPermudahkan.

Readers yang mempunyai permasalahan atau sebarang pertanyaan, saya boleh dihubungi melalui email ruslanhusin@gmail.com. Kini saya berada berada di Telok Panglima Garang, Selangor.

Kepada yang memerlukan rawatan dipersilakan untuk menemui saya.

Saturday, July 12, 2014

Lokasi Jin DiDalam Badan Manusia

Assalam...

Terdapat tiga(3) lokasi utama Jin, Iblis atau Syaitan apabila mereka bersarang atau berumahtangga didalam badan manusia, iaitu:

1. Belikat (Kiri dan kanan)
2. Pinggang
3. Tapak kaki

Untuk perkara 1 kebiasaannya jin2 yg dikategorikan sebagai jin Islam atau Saka Keturunan yg baik2.
Untuk perkara 2 dan 3 kebiasaannya jin2 atau Saka Keturunan kafir atau jahat.

Bahagian 1 dan 2 tersebut akan terasa sengal dan sakit setiap masa. Sepertinya sedang menanggung beban yg berlebihan. Bagi Bahagian 3, tapak kaki aan sentiasa berasa kesakitan dan perit, dan paling terasa apabila bangun dari tidur, tapak kaki terasa seperti terpijak jarum atau duri atau benda2 tajam.

Tetapi bukanlah semua kesakitan itu berpuncanya dari Jin2 yg bersarang ditubuh badan, ada juga disebabkan permasalahan urat saraf.

Bagi jin2 yg berada diluar tubuh manusia, kebiasaanya tempat tumpuan utamanya dibahu. bahu juga akan sentiasa berasa sengal dan ngilu. Walaupun sudah diurut, kesakitan tersebut akan terasa semula selepas beberapa hari.

Moga2 ada sedikit manafaat pada semua readers... Wallahu'alam...

Friday, July 4, 2014

Amalan Zikir, Kenapa 44 Hari?

Ada dikalangan readers yg telah saya berikan saranan dan panduan utk mengamalkan amalan zikir selama 44 hari. tetapi  tiada sesorg pun yg bertanya kenapa 44 hari? ada juga yg amalan 7 hari, 14 hari, 21 hari, itu saya berikan bergantung kepada tahap seseorg itu atau kemampuan seseorg itu berbuat amalan tersebut.

Saya bukan rahsia knp 44 hari. Amalan 44 hari ini adalah ciptaan rekaan saya sendiri semata2. 44 hari ini merupakan suatu tempoh masa yg panjang sebenarnya jika ianya melibatkan suatu amalan. Akan terasa lama sgt pada kita walhal, pejam celik pejam celik dh abis 44 hari.

44 hari itu hanyalah sebagai permulaan kita melakukan satu2 amalan, sebenarnya amalan itu patutnya dilakukan lebih lagi dr 44 hari, jika boleh sebenarnya, lakukanlah amalan itu sehingga kita menghebuskan nafas yg terakhir. Apabila hati dan jiwa kita ini dilatih melakukan satu2 amalan secara berterusan dan istiqomah tanpa mengharapkan suatu balasan pun dari Allah, insyaAllah, hati dan jiwa kita ini akan secara automatik meneruskan amalan itu tanpa kita sedari...

Ianya seperti sudah menjadi darah daging kita, sepertinya sudah menjadi makanan harian kita. satu hari kita x makan kita akan menjadi lemah dan resah. begitu juga sekiranya suatu amalan itu kita lakukan dlm tempoh yg panjang, kita juga akan merasa lemah dan resah. sedaya upaya kita akan lakukan juga amalan itu. kadang2 tanpa kita sedari, jari jemari kita bergerak2 seolah2 kita sedang mengira biji2 tasbih.

dan dari situ jugalah bermula, kita mengucapkan perkataan dan membicarakan perkara yg baik2 sahaja. walaupun suatu perkara itu dilihat sebagai sesuatu yg buruk dan x elok, tetapi hati kita akan cepat melihat perkara2 itu dari sudut yg berlainan dan positif...

Wallahu'alam...