Ada dikalangan readers yg telah saya berikan saranan dan panduan utk mengamalkan amalan zikir selama 44 hari. tetapi tiada sesorg pun yg bertanya kenapa 44 hari? ada juga yg amalan 7 hari, 14 hari, 21 hari, itu saya berikan bergantung kepada tahap seseorg itu atau kemampuan seseorg itu berbuat amalan tersebut.
Saya bukan rahsia knp 44 hari. Amalan 44 hari ini adalah ciptaan rekaan saya sendiri semata2. 44 hari ini merupakan suatu tempoh masa yg panjang sebenarnya jika ianya melibatkan suatu amalan. Akan terasa lama sgt pada kita walhal, pejam celik pejam celik dh abis 44 hari.
44 hari itu hanyalah sebagai permulaan kita melakukan satu2 amalan, sebenarnya amalan itu patutnya dilakukan lebih lagi dr 44 hari, jika boleh sebenarnya, lakukanlah amalan itu sehingga kita menghebuskan nafas yg terakhir. Apabila hati dan jiwa kita ini dilatih melakukan satu2 amalan secara berterusan dan istiqomah tanpa mengharapkan suatu balasan pun dari Allah, insyaAllah, hati dan jiwa kita ini akan secara automatik meneruskan amalan itu tanpa kita sedari...
Ianya seperti sudah menjadi darah daging kita, sepertinya sudah menjadi makanan harian kita. satu hari kita x makan kita akan menjadi lemah dan resah. begitu juga sekiranya suatu amalan itu kita lakukan dlm tempoh yg panjang, kita juga akan merasa lemah dan resah. sedaya upaya kita akan lakukan juga amalan itu. kadang2 tanpa kita sedari, jari jemari kita bergerak2 seolah2 kita sedang mengira biji2 tasbih.
dan dari situ jugalah bermula, kita mengucapkan perkataan dan membicarakan perkara yg baik2 sahaja. walaupun suatu perkara itu dilihat sebagai sesuatu yg buruk dan x elok, tetapi hati kita akan cepat melihat perkara2 itu dari sudut yg berlainan dan positif...
Wallahu'alam...
No comments:
Post a Comment