Aku Bukanlah Seorang Yang Alim, Jauh Sekali Alim Ulama'. Aku Bukanlah Seorang Bilal Apatah Lagi Seorang Kiyai. Aku Hanyalah Seorang Pencari Gaharu, Antara Langit Dan Bumi Dengan Pak Guru. Namun Terpanggil Jua Untuk Membantu Siapa Sahaja Yang Memerlukan Mudah-Mudahan Dengan Izin Allah DiPermudahkan.

Readers yang mempunyai permasalahan atau sebarang pertanyaan, saya boleh dihubungi melalui email ruslanhusin@gmail.com. Kini saya berada berada di Telok Panglima Garang, Selangor.

Kepada yang memerlukan rawatan dipersilakan untuk menemui saya.

Saturday, May 24, 2014

Akal Fikiran

Manusia telah dibekalkan oleh Yang Maha Pencipta dengan akal fikiran. Oleh itu berfikirlah secara rasional dan wajar bagi setiap sesuatu yang disampaikan kepada kita, terutama bagi sesuatu perkara yang kurang jelas. Jangan terlalu mudah untuk kita mempercayai sesuatu perkara itu tanpa kita usul periksa terlebih dahulu. Asalkan bunyinya sedap didengar ajer kita pun terus percaya. Asalkan nampak hebat jer kite terus yakin.

Tetak dengan parang tajam tak putus, uuuuuuuuuu... Kebal dia ni. Ramas-ramas daun tiba-tiba keluar batu cincin. uuuuuuuu... boleh tarik barang ghaib dia ni. Hebat tu.... Alahai tuan-tuan semua, David Copperfield boleh buat magik lagi macam-macam. David Blane pun sama. Tukarkan air jadi duit lagi, perghhhhh lagi hebat. Tapi itu semua "Illusion" atau ilusi. Mata kita dipermainkan, fikiran kita dipermainkan. Sebab sudah menjadi lumrah penciptaan manusia ini, mudah diperdayakan. Itu dah kerja dia, buat ilusi atau magik untuk pendapatan hidup mereka.

Tapi bagaimana pula dengan mereka yang menggunakan nama Allah, nama Rasul, nama para Sahabat, nama para Wali untuk mendapatkan hasil? Wallahu'alam... Sama-samalah kita berfikir.

No comments:

Post a Comment