Aku Bukanlah Seorang Yang Alim, Jauh Sekali Alim Ulama'. Aku Bukanlah Seorang Bilal Apatah Lagi Seorang Kiyai. Aku Hanyalah Seorang Pencari Gaharu, Antara Langit Dan Bumi Dengan Pak Guru. Namun Terpanggil Jua Untuk Membantu Siapa Sahaja Yang Memerlukan Mudah-Mudahan Dengan Izin Allah DiPermudahkan.

Readers yang mempunyai permasalahan atau sebarang pertanyaan, saya boleh dihubungi melalui email ruslanhusin@gmail.com. Kini saya berada berada di Telok Panglima Garang, Selangor.

Kepada yang memerlukan rawatan dipersilakan untuk menemui saya.

Friday, May 23, 2014

Kisah & Teladan

Bukan menidakkan dan bukan juga menafikan kepakaran seseorang yg berilmu terutama yg terlibat di dalam bidang perubatan alternatif atau perubatan Islam ini, tetapi berapa ramaikah yg terpedaya? Tidakkah anda yg pernah 'terkena' dgn mereka yg bergelar bomoh, pawang, dukun, tok guru, ustaz, pak kyai dan bermacam gelaran lg ini merasakan diri anda teraniaya? Manakan tidak, anda yg sedang dilanda masalah diminta membayar sejumlah wang, bukan sedikit malahan mencecah ribuan ringgit untuk satu2 sesi rawatan. Betapa kejamnya mereka yg bersikap demikian. Apakan daya anda bersungguh untuk sembuh sanggup berbuat apa sahaja walaupun terpaksa membayar dgn sejumlah wang yg banyak. Walau dimana ceruk ada saja anda dengar ada orang yg pandai anda pun pergi. Hujung2 nya anda terkena lagi.

Ada yg pernah terkena, "memagar" rumah servis caj yg dikenakan RM2,500. Apa yg dipagar sampai sedemikian caj yg dikenakan? Kalau pagar besi atau pagar tembok batu lainlah cerita. Ayat-ayat Al-Quran yg digunakan adakah Allah telah tetapkan harganya? Itu jika gunakan ayat Al-Quran, kalau yg gunakan mentera yg kita tidak tahu maksudnya apa macam?

Tangkal badan RM 500. Tangkal apa tu? Ooo boleh buat pemakai kebal, tahan api, tetak tak putus. Betul ke? Aduhai kenapa begitu jadinya. Kalau tidak dipakai nanti penyakit atau hantu setan akan datang balik. Lawak betullah. Tapi sebab kita nak sembuh kita pakai juga kita bayar juga. Kita terlalu mudah percayakan sesuatu apabila kita dalam kesesakan.

No comments:

Post a Comment