Aku Bukanlah Seorang Yang Alim, Jauh Sekali Alim Ulama'. Aku Bukanlah Seorang Bilal Apatah Lagi Seorang Kiyai. Aku Hanyalah Seorang Pencari Gaharu, Antara Langit Dan Bumi Dengan Pak Guru. Namun Terpanggil Jua Untuk Membantu Siapa Sahaja Yang Memerlukan Mudah-Mudahan Dengan Izin Allah DiPermudahkan.

Readers yang mempunyai permasalahan atau sebarang pertanyaan, saya boleh dihubungi melalui email ruslanhusin@gmail.com. Kini saya berada berada di Telok Panglima Garang, Selangor.

Kepada yang memerlukan rawatan dipersilakan untuk menemui saya.

Saturday, May 24, 2014

Serkap Jarang

Terdapat etika yang tidak tertulis dalam bidang perubatan ini. Iaitu salah satu daripadanya JANGAN SESEKALI SERKAP JARANG. Cukup-cukup merbahayakan. Kenapa? Saya beri contoh yang mudah, suatu kisah yang kebiasaannya akan dilakukan oleh pesakit dan pengubat:

Pesakit : Tok, saya datang ni ada hajat.

Pengubat : Apa hajat encik?

Pesakit : Saya dapat tau dari kawan saya yang Tok ni boleh mengubat penyakit misteri, jadi saya datang ni nak berubat dengan Tok, tubuh saya ni selalu lemah-lemah, kerja pun makin hari makin malas. Saya dengan isteri sentiasa berperang, rumah jadi panas semacam jer. Perniagaan saya merosot. Waktu tidur asyik mimpi yang pelik-pelik. Dalam rumah selalu nampak kelibat-kelibat orang. Cuba Tok tengok-tengokkan apa masalah saya ni?

Pengubat : Hmmmmm baiklah, Tok cuba yer.

Pengubat diam seketika, memejam mata rapat, menumpukan fikiran, selang beberapa minit.

Pengubat : kamu ni kena buatan orang ni. Kat tempat kamu berniaga dan rumah kamu ada ditanam sesuatu.

Pesakit : Iyer ke Tok? Adoiiiilah patutlah teruk sangat saya skrg ni Tok. Boleh Tok ubatkan?

Pengubat : Hmmmmmm

Pesakit : Cuba Tok tengok saper dia yang duk buatkan saya ni Tok. Kurang ajar betul.

Kemudian berkumat kamitlah mulut Pengubat dengan bacaan yang sekejap boleh didengar sekejap tidak boleh didengar, berselang seli.

Pengubat : Ohhh... Orangnya bukan orang jauh. Orang dekat ajer ni. Orangnya tinggi-tinggi, kulit cerah, rambut ikal-ikal. Selalu jumpa dengan encik.

Opppsss.. Kita berhenti setakat disini dialog drama di atas. Apa masalah disitu? SERKAP JARANG... Kan bahaya tu. Andai katalah ada seseorang yang seperti dikatakan oleh Pengubat tersebut tetapi bukan dia orangnya yang berbuat khianat terhadap Pesakit itu bukankah sudh mendatangkan fitnah? Tidak pasal-pasal kita bersyak wasangka, tidak pasal-pasal kita menuduh orang yang tidak bersalah. Kita sambung semual dialog :

Pesakit : Ooooo... dia tulah, patutlah sejak sebulan lepas lain macam jer saya tengok dia ni. Sial betul dia, siap kau. Tok tak boleh hentam orang ni macam mana yang dia buat kat saya?

Nah... anda semua nampak tak apa yang terjadi hanya kerana Pengubat SERKAP JARANG?  Sebab itu saya katakan tadi MERBAHAYA. Mudah-mudahan apa yang saya perkatakan ini mendatangkan manfaat kepada anda. Wallahu'alam....

No comments:

Post a Comment