Aku Bukanlah Seorang Yang Alim, Jauh Sekali Alim Ulama'. Aku Bukanlah Seorang Bilal Apatah Lagi Seorang Kiyai. Aku Hanyalah Seorang Pencari Gaharu, Antara Langit Dan Bumi Dengan Pak Guru. Namun Terpanggil Jua Untuk Membantu Siapa Sahaja Yang Memerlukan Mudah-Mudahan Dengan Izin Allah DiPermudahkan.

Readers yang mempunyai permasalahan atau sebarang pertanyaan, saya boleh dihubungi melalui email ruslanhusin@gmail.com. Kini saya berada berada di Telok Panglima Garang, Selangor.

Kepada yang memerlukan rawatan dipersilakan untuk menemui saya.

Saturday, May 24, 2014

Kisah & Teladan III

Terima kasih kepada yang sudi membaca penulisan di dalam blog ini.

Tersebutlah kisah pada suatu hari, seorang sahabat bertemu dengan seorang yang dikatakan berilmu. Sahabat ini kebetulan membawa sebotol minyak wangi yang telah pun di "isi". Tujuannya untuk pewangi badan selain daripada tujuan membuatkan orang sekeliling mudah rapat dengannya dengan Izin Allah jua.

Tujuan sahabat bertemu dengan orang berilmu ini adalah untuk urusan jual beli barang-barang pusaka dan mistik. Setelah berbincang dan meletakkan berbagai syarat untuk memulakan urusan, tiba-tiba orang yang berilmu tersebut menegur sahabat tadi.

"eh, ko ade bawak minyak ni. Minyak air mata ikan duyung ni. Mana ko dapat?"

Sahabat tersenyum seraya berkata

"mana ada bawak minyak apa2."

"jangan ko tipulah. aku tau ni, ni minyak air mata ikan duyung"

Walhal sebenarnya minyak itu adalah minyak wangi yang berharga RM5, dan telah dibaca beberapa ayat dan doa mustajab moga-moga diizinkan Allah.

Nah.. Tuan-tuan semua lihat, betapa manusia sekali lagi membuktikan dia boleh terpedaya walaupun dikatakan berilmu. Tertipu dek ilmunya sendiri. Mengaku pandai tapi hakikat sebenarnya..... Wallahu'alam... Sama-sama kita berfikir sejenak.

No comments:

Post a Comment