Tuan-tuan,
Mudah-mudahan anda semua dilindungi Allah jua sepanjang masa.
Berkaitan dengan amalan, yang kebiasaan amalan yang kita amalkan adalah berbentuk zikir. Amalan zikir itu tiada masalahnya jika diamalkan kerana Lillahi ta'ala. Tetapi sekiranya amalan zikir itu dilakukan untuk kerana sesuatu yang lain, dikuatiri anda akan tersesat dek kerana diasyikkan ketika melakukan amalan tersebut.
Anda akan terpedaya dengan kemanisan yang diberikan ketika berzikir. Anda akan terpesona dan kemudian menjadi alpa. Apakah anda merasa amalan zikir anda sudah hebat sekiranya anda dapat merasakan diri anda seolah-olah terangkat, anda dapat menebusi alam ghaib, anda merasakan diri anda dibawa berjalan melihat istana, kemudian anda sendiri mengatakan dalam diri, ohh inilah istana bunian.
Atau anda didatangi oleh mahkluk halus dan mengaku dirinya Wali Songo, Kanjeng Sunan Kali Jaga katannya, yakinkah anda, mungkin anda dikalangan anda yang akan terus percaya dan terus mengatakan semalam waktu aku berzikir, aku didatangi oleh Sunan Kali Jaga. Berhati-hati anda semua kerana barang diingat, syaitan dan iblis itu mampu merubah bentuk kepada sesiapa sahaja kecuali Nabi.
Jika ingin beramal dengan zikir, setiap kali anda terasa diri anda terangkat-angkat, terasa diawang-awangan, Istighfar banyak-banyak, minta pertolongan dari Allah sekira apa yang aku alami sekarang ini hanya permainan iblis dan syaitan, jauhkanlah ya Allah. Sekiranya benar ya Allah, jauhkanlah aku dari ilmu yang tidak bermanafaat. Wallahu 'alam..
** Ini hanyalah sekadar pendapat dan peringatan peribadi semata-mata.
No comments:
Post a Comment