Aku Bukanlah Seorang Yang Alim, Jauh Sekali Alim Ulama'. Aku Bukanlah Seorang Bilal Apatah Lagi Seorang Kiyai. Aku Hanyalah Seorang Pencari Gaharu, Antara Langit Dan Bumi Dengan Pak Guru. Namun Terpanggil Jua Untuk Membantu Siapa Sahaja Yang Memerlukan Mudah-Mudahan Dengan Izin Allah DiPermudahkan.

Readers yang mempunyai permasalahan atau sebarang pertanyaan, saya boleh dihubungi melalui email ruslanhusin@gmail.com. Kini saya berada berada di Telok Panglima Garang, Selangor.

Kepada yang memerlukan rawatan dipersilakan untuk menemui saya.

Wednesday, May 28, 2014

Susuk

Pada zaman2 nenek moyang kite dulu memang dah menjadi amalan mereka untuk memakai susuk... baik perempuan mahu pun lelaki.... yg perempuan biasanya memakai susuk untuk mendptkan jodoh... awet muda... untuk maaf cakap mengetatkn faraj, supaya suami x cari lain.... yg lelaki memakai susuk untuk menjadi jaguh... utuk kuat bekerja... Zaman moden seperti skrg ni pun masih ada yg mengamalkan pemakaian susuk.

Pengalaman saya dlm mengeluarkan susuk ini adalah sebanyak 2 kali sahaja.

1. Mengeluarkan susuk stainless steel, tujuan memakai susuk adalah untuk menguatkan sendi bg kerja2 berat.. Saya bersalam dgn pesakit tersebut seperti bersalam dengan ragum... dipendekkan cerita, setelah bersungguh pesakit hendak mengeluarkan semua susuknya (13 susuk), saya yakinkan dalam hati yg saya boleh mengeluarkan susuk tersebut wpun sebenarnya saya tidak tahu bagaimana hendak mengeluarkannya. Saya berdoa minta petunjuk dgn Allah semoga ditunjukkan jalan bagaimana hendak mengeluarkan susuk tersebut. Di izinkan Allah saya berjaya mengeluarkan salah satu dr susuk yg 13... iaitu ibu susuk dibadan pesakit tersbut... sebaik tercabut keluar shj susuk tersebut, kelihatan seakan2 asap kuning kehitaman keluar dari tubuh pesakit. dan saya katakan kepada pesakit, InsyaAllah mlm nanti akan datang seseorg yg akan mengeluarkan 12 btg susuk lagi...

Ahamdulillah, keesokkan harinya, pesakit menceritakan semula kepada saya bahawa, mlm td semasa tidur dia merasakan seseorg telah datang dan mencabut 12 batang susuk yg masih tertinggal...

2. Mengeluarkan susuk emas dr seorng nenek yg berusia lebih 60 tahun... Tujuan memakainya adalah untuk mendapatkan jodoh.. Selama hampir 2 jam, baru saya berjaya mengeluarkan susuk tersebut. kerana susuk ia adalah lain dari yang lain... susuk ini tiada pantang langsung, pemakai tidak perlu risau susuk ini akan terkeluar sekiranya dia lalu dibawah ampaian, makan tebu hitam atau memakan labu.

Sebaik sahaja berjaya susuk itu dikeluarkan, jin yg menjaga susuk tersebut, meresap masuk ketubuh saya dan apa lagi dia memaki hamun semua yg ada di situ, dia mengatakan aku sudah 7 keturunan berada disini, siapa kamu semua untuk mengganggu aku... Saya hampir2 tewas... tetapi oleh kerana perlindungan dari Allah Ta'ala saya mengengam erat susuk itu, dicelah2 kepekatan malam yg tiada bercahaya, saya dan 2 org rakan menerjah masuk kedalam kebun sawit, dan akhirnya berjumpa parit, dan disitulah saya campakkan susuk tersebut dan saya katakan disinilah kau akan bersemadi hingga kiamat kelak, kau tiada lg urusan dgn si pesakit dan juga kaum keluarganya begitu juga dgn keturunannya....

Wallahu'alam..... mudahan2 boleh dijadikan panduan dan pedoman.....

No comments:

Post a Comment