Aku Bukanlah Seorang Yang Alim, Jauh Sekali Alim Ulama'. Aku Bukanlah Seorang Bilal Apatah Lagi Seorang Kiyai. Aku Hanyalah Seorang Pencari Gaharu, Antara Langit Dan Bumi Dengan Pak Guru. Namun Terpanggil Jua Untuk Membantu Siapa Sahaja Yang Memerlukan Mudah-Mudahan Dengan Izin Allah DiPermudahkan.

Readers yang mempunyai permasalahan atau sebarang pertanyaan, saya boleh dihubungi melalui email ruslanhusin@gmail.com. Kini saya berada berada di Telok Panglima Garang, Selangor.

Kepada yang memerlukan rawatan dipersilakan untuk menemui saya.

Tuesday, May 20, 2014

Membantu Anda Yang Memerlukan

Saya bukanlah menawarkan diri, atau cuba menonjolkan diri, atau cuba menunjuk-nunjuk yang kononnya saya ini hebat. Tidak sesekali-kali. Tiada lain yang hebat kecuali Allah sahaja.

Kepada sesiapa yang menghadapi masalah berkaitan dengan perkara-perkara mistik, seperti gangguan makhluk halus, mengesyaki diri seperti terkena buatan orang, perniagaan anda dari maju tiba-tiba jatuh menjunam, masalah saka keturunan, permasalahan belajar sesuatu ilmu tetapi tidak habis dan ianya menyebabkan anda menjadi kurang waras dan lain-lain seumpamanya. InsyaAllah, saya akan usahakan sedaya yng mungkin, dengan izin Allah mudah-mudahan dipermudahkan urusan dan anda akan sembuh.

Yang cuma perlu anda lakukan adalah yakin dan percaya bahawa dari Allah penyakit itu datang dan Allah juga yang menyembuhkannya. Tiada akan terjadi biar sesuatu perkara pun jika tidak diizinkan oleh Allah. InsyaAllah penyakit atau permasalah anda akan disembuhkan.

Saya tidak meletakkan apa-apa bayaran kepada anda, cukuplah sekadarnya tanpa ada rasa membebankan anda. kerana pada saya mudah sahaja, anda sedang dilanda masalah, adakah wajar saya membebankan anda lagi dengan meletakan harga pada bantuan yang saya berikan? Macam service charge pulak.

Ada dikalangan anda yang telah berhabis beribu-ribu ringgit, malahan ada yang puluhan ribu ringgit. Saya sungguh kasihan terhadap anda. Dan saya berasa meluat dengan sikap mereka yang suka menangguk di air keruh. Mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain.

No comments:

Post a Comment