Assalam kepada sekalian pembaca. Sudah beberapa tidak update di blog ini dek kerana kesibukan.
Apaah yg anda tahu berkenaan dengan perkataan KERAMAT? Pastinya kita biasa mendengar perkataan ini. Dan kebiasaannya akan dikaitkan dengan perkara2 seperti, kubur keramat, keris keramat, cincin keramat dan pelbagai lagi yg menjurus kepada sesuatu perkara yg hebat dan mistik yg tidak terjangkau oleh pemikiran manusia dan apabila kita berbuat sesuatu amalan dgn perkara2 keramat ini akan mendatangakan keberuntungan.
Pada saya, KERAMAT itu berasal dari perkataan KAROMAH. KAROMAH ini hanya dimiliki oleh manusia2 terpilih yg digelarkan sebagai WALI ALLAH. Wakil kepada ALLAH mengantikan peranan NABI dan RASUL selepas dijanjikan oleh Allah bahawa tiada lagi NABI dan RASUL selepas NABI MUHAMMAD S.A.W.
KAROMAH ini berada dibawah dari MUKJIZAT yang mana MUKJIZAT ini hanya dikhaskan buat NABI dan RASUL sahaja. Seakan2 tetapi tidak sama. Kerana KHOROMAH ini tidak sesenang untuk digunakan oleh para WALI2 ALLAH kecuali dalam keadaan tertentu.
Sebagai contoh, KAROMAH Saidina Umar Al-Khatab, diriwayatkan : Suatu hari, berlaku gempa bumi di Madinah. Sewaktu itu Saidina Umar memegang teraju pemerintahan sebagai Khalifah setelah kematian Saidina Abu Bakar. Ketika bumi sedang bergetar, Saidina Umar menghentakkan tongkatnya ke tanah lalu berkata, “Wahai bumi, tenanglah kamu. Apakah aku tidak berlaku adil di atasmu?” Dengan izin Allah, serta-merta gempa bumi terhenti.
Dan banyak lagi cerita2 yg berkaitan dengan KAROMAH ini yg boleh anda cari atau 'google'. Yg kita cari bukanlah keseronokkan membaca riwayat itu, yg kita cari adalah ALLAH yg menganugerahkan KAROMAH itu kepada Wakil2Nya. Semestinya bukan sebarangan orang yg dipilih oleh Allah.
Mudah2an menjadi panduan sedikit sebanyak dalam kita menempuhi Dunia penuh ranjau ini. Wallahu'alam....
No comments:
Post a Comment