Kali ini saya ingin membuat catatan berdasar sikap. Sebahagian kecil sikap pesakit yg perlu diubah dan dibetulkan semula niatnya.
Ada sesetengah pesakit itu akan mencemik bibir atau membuat muka apabila disarankan untuk menggunakan ayat2 Al-Quran seperti Al Fatihah dan Al Ikhlas. Seolah2 memperlekehkan kekuatan ayat2 tersebut. Pada mereka ini, "ah.. kalau ni jer ayatnya aku pun tahu, hari2 jugak dibaca". Mereka hanya membaca tetapi tidak memahami ayat2 tersebut. Tahu maksud dan memahami adalah perkara yg berlainan. Nak tahu maksud bukan susah buka saja tafsir Al-Quran, nah dah dapat pun maksudnya.
Tetapi yg penting kita memahami ayat2 tersebut.Selepas memahaminya kita mengamalkannya. Dengan Penuh keyakinan terhadap Allah. Kalau kata2 Allah dalam ayat2 itu dianggap biasa2 ajer, jadi adakah ayat2 yg lebih baik dari kata2 Allah?
Itu merupakan salah satu punca kenapa satu2 penyakit itu tidak sembuh. Tidak diizinkan Allah. Kerana meragui ayat2 Allah. Seperti contoh yg mudah: Kita tidak mempercayai kawan kita itu tetapi kita masih mahukan bantuan dari kawan kita itu. Mahu ke kawan kita tu membantu kita?
Saya xder ayat lain untuk digunakan bagi mengubati apa jua jenis penyakit yg berkaitan. Saya hanya menggunakan Surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas dan kadang2 Ayat ke 9 Surah Yassin. Tidak kisahlah membuang saka ke, mengubati orang yg terkena buatan orang ke, disampuk dek syaitan ke, membuang susuk ke? Itulah juga ayat2nya. Asalkan kita tahu apa tujuan penggunaan ayat2 itu. Asalkan Lillahi Ta'ala.... Dan pesakit perlulah membuat suatu amalan proses perubatan itu menjalan terus "Non Stop". Mudah2an dipermudahankan oleh Allah. Wallahu'alam....
No comments:
Post a Comment