Aku Bukanlah Seorang Yang Alim, Jauh Sekali Alim Ulama'. Aku Bukanlah Seorang Bilal Apatah Lagi Seorang Kiyai. Aku Hanyalah Seorang Pencari Gaharu, Antara Langit Dan Bumi Dengan Pak Guru. Namun Terpanggil Jua Untuk Membantu Siapa Sahaja Yang Memerlukan Mudah-Mudahan Dengan Izin Allah DiPermudahkan.

Readers yang mempunyai permasalahan atau sebarang pertanyaan, saya boleh dihubungi melalui email ruslanhusin@gmail.com. Kini saya berada berada di Telok Panglima Garang, Selangor.

Kepada yang memerlukan rawatan dipersilakan untuk menemui saya.

Monday, June 2, 2014

Sewaktu Masa dahulu

Semasa saya berumur lebih kurang 10 tahun. Seperti biasa saya akan tidur di rumah nenek saya jika cuti sekolah atau kadang2 cuti sabtu ahad.

Nak dijadikan cerita saya tidur disebuah satu bilik dirumah nenek saya. Malam itu bulan penuh, cuaca malam itu cukup2 menenangkan dan aman damai. Sinaran yg begitu terang memancar masuk ke dalam bilik, maklumlah rumah kampung.

Saya sudah lena tidur, tiba2 mengejut bangun dan terlihat sekujur tubuh yg besar, bersayap dan bertanduk duduk bertinggung dihujung katil saya. Pada mulanya saya ingat cuma permainan mata sahaja sebab baru terjaga. Tapi pada masa yg sama jantung saya dah berdegup kencang, nafas turun naik, badan terasa dingin.

Saya penjamkan mata, dan kemudian membuka semula mata, memang betul makhluk itu masih ada, masih disitu memandang tepat ke arah saya. Seram, badan mengigil ketakutan. Memang jelas kelihatan kerana bulan cerah cahaya bulan membolehkan saya melihat secara keseluruhan makhluk tersebut.

Saya tidak dapat nak tidur lagi selepas itu sehinggalah matahari terbit, badan kaku, takut utk saya menggerakkan walapun semilimeter anggota tubuh. Diam sahaja. Itulah pengalaman pertama saya melihat makhluk halus yg hadir dalam keadaan yang nyata.

Peristiwa ini tidak saya ceritakan sehinggalah saya berumur 28 tahun... Sehingga kini saya masih tertanya2 makhluk apakah yg datang kepada saya pada malam itu, wpun ada yg mengatakan makhluk berkenaan adalah berkait dengan keturunan saya. Tetapi itu kali pertama dan terakhir saya melihatnya. Walaupun saya boleh serba sedikit berkaitan dgn hal2 ghaib ini tetapi apabila melibatkan diri sendiri memang x boleh... Wallahu'alam..


No comments:

Post a Comment