Aku Bukanlah Seorang Yang Alim, Jauh Sekali Alim Ulama'. Aku Bukanlah Seorang Bilal Apatah Lagi Seorang Kiyai. Aku Hanyalah Seorang Pencari Gaharu, Antara Langit Dan Bumi Dengan Pak Guru. Namun Terpanggil Jua Untuk Membantu Siapa Sahaja Yang Memerlukan Mudah-Mudahan Dengan Izin Allah DiPermudahkan.

Readers yang mempunyai permasalahan atau sebarang pertanyaan, saya boleh dihubungi melalui email ruslanhusin@gmail.com. Kini saya berada berada di Telok Panglima Garang, Selangor.

Kepada yang memerlukan rawatan dipersilakan untuk menemui saya.

Sunday, February 26, 2017

Zikir antara yang terbaik untuk dijadikan amalan

IBNU Abbas ra berkata: “Ketika Allah SWT menjadikan Arasy, lalu menyuruh malaikat memikulnya. Para malaikat merasakan amat berat memikulnya. Kemudian Allah SWT menyuruh malaikat membaca (menyebut); Subhanallah. Sebaik sahaja malaikat membacanya, maka terasa ringan memikul Arasy dan mereka terus menyebut (berzikir) selama-lamanya.”

Kata Ibnu Abbas ra lagi: “Apabila Allah SWT menjadikan Adam as. Maka mula-mula yang keluar dari mulut Adam ialah bersin. Lalu Allah ilhamkan kepadanya untuk membaca (menyebut); Alhamdulillah. Sebaik sahaja Adam as menyebut Alhamdulillah, lalu Allah menjawab; Yarhamuka Rabbuka (kerana rahmat itulah Aku menjadikan engkau).

“Kemudian malaikat berkata: Inilah kalimah mulia dan baik dan tidak sepatutnya kami abaikan. Maka para malaikat pun membaca (berzikir) Suhhanallah Walhamdulillah.

“Para malaikat membaca (berzikir) demikian sehinggalah Allah SWT mengutuskan Nabi Nuh as. Oleh kerana kaum Nabi Nuh adalah kaum pertama menyembah berhala, maka Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Nuh as supaya menyuruh kaumnya membaca; Laa illaha illallah bagi mendapatkan keredhaan Allah.”

 “Lalu berkata malaikat: “Inilah kalimah ketiga yang besar dan baik yang tidak boleh kami abaikan. Maka malaikat pun menggabungkan dengan dua kalimah sebelumnya untuk menjadi: Subhanallah Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah.”

 “Para malaikat mengamalkan kalimah tersebut sehingga terutusnya Nabi Ibrahim as. Setelah terutusnya Nabi Ibrahim as, Allah SWT telah memerintahkan baginda menjalankan korban ke atas anaknya, yang mana akhirnya Allah telah menebus anaknya Ismail dengan seekor kibas (kambing).

“Apabila Nabi Ibrahim as melihat anaknya terselamat dari disembelih dan digantikan dengan kibas (kambing), maka Nabi Ibrahim as menyebut: Allahu akbar, kerana merasa terlalu gembira atas nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya.

 Berkata para malaikat: “Inilah kalimah keempat yang sungguh baik dan besar. Kemudian para malaikat menggabungkan kalimah itu dengan tiga kalimah sebelumnya menjadi: Subhanallah, Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah, Wallahu akbar.”

 “Ketika malaikat Jibril as menceritakan kisah ini kepada Rasulullah SAW, baginda merasa kagum dan terus melafazkan: Laa haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem.”

Kemudian Jibril as berkata: Gabungkan kalimah yang empat itu sehingga menjadi "Subhanallah, Walhamdulillah Walaa ilaha illallah Wallahu akbar Walaa haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem."

(HR Muslim)


Pernahkah readers sekalian menghadapi permasalahan sakit perut ketika jalan jem? Saya pasti ramai yang pernah mengalami permasalahan ini..

Simple tetapi amat menyulitkan.. mane nak cari toilet ditengah jalan yang sedang jem?

Saya tidak terkecuali menghadapi masalah yang sama. Bagi mengatasinya. Saya amalkan amalan zikir diatas lalu ditiup pada terlapak tangan dan disapukan keperut. Diulang-ulang bacaannya dan perbuatan itu sehingga perut menjadi agak selesa.

Itu adalah contah yang paling simple dan mudah. Jadikanlah ia sebagai amalan dalam kehidupan kita. Moga-moga segala dugaan yang Allah berikan kepada kita akan dijadikam ringan seperti kapas, selesa seperti perut kita yang sakit tadi.

Wallahu'alam.. Moga ada manfaatnya.

No comments:

Post a Comment