Aku Bukanlah Seorang Yang Alim, Jauh Sekali Alim Ulama'. Aku Bukanlah Seorang Bilal Apatah Lagi Seorang Kiyai. Aku Hanyalah Seorang Pencari Gaharu, Antara Langit Dan Bumi Dengan Pak Guru. Namun Terpanggil Jua Untuk Membantu Siapa Sahaja Yang Memerlukan Mudah-Mudahan Dengan Izin Allah DiPermudahkan.

Readers yang mempunyai permasalahan atau sebarang pertanyaan, saya boleh dihubungi melalui email ruslanhusin@gmail.com. Kini saya berada berada di Telok Panglima Garang, Selangor.

Kepada yang memerlukan rawatan dipersilakan untuk menemui saya.

Tuesday, July 19, 2016

SANGGUP ATAU TIDAK

Assalam Readers,

Saya biasanya akan lebih memberikan beberapa amalan untuk pesakit yang saya rawat untuk dia amalkan selama beberapa tempoh yang tertentu. Saya inginkan, mereka ini memenuhkan hati mereka dengan zikir-zikir yang mengagungkan Allah. Setiap kalimah zikir itu bercahaya. Dan cahaya yang sebeitu tidak digemari oleh Iblis dan bala tenteranya.

Dalam tempoh itu Iblis dan bala tenteranya akan mencuba pelbagai cara supaya tiada zikir diucapkan.

Sayangnya, ramai yang tidak yakin dengan cara sebegini. Lambatttt kata mereka. Buang masa. Hmmmmm..

Lebih haru, apabila, perawat2 ini dianggap boleh tahu semua perkara. Bila, perawat2 ini tengok2, maka dia bagitahulah apa yang dia tahu. Salah pulak.. Terus pesakit2 ni tembak..,cehhh, tipu punya tok bomoh.

Terpulanglah, tepuk dada tanya selera.

Wallahu'alam.

"DiCeritakan Bohong, Yang Sampai Pun Bohong"

No comments:

Post a Comment