Assalam Readers,
Ramai yang mengalami sakit beranggapan mereka akan segera sembuh selepas diubati oleh mana-mana pengamal perubatan tradisional/Islam. Disini mereka telah tersalah anggap tentang perubatan ini. Selesai berubat mesti sembuh wajib sembuh. Mana ada macam tuan2 & puan2 sekalian. Pengamalan perubatan tu pun manusia biasa bukannya Allah yang boleh Kun Fa Ya Kun.
Kita kene ubah presepsi begini. Sakit bertahun-tahun, nak sembuh dalam sekelip mata. Tak jadi mcm gitu. Silap tu. kalau ada pun kejadian selesai berubat, terus elok terus sembuh terus boleh berlari, itu adalah kehendak Allah semata-mata.
Tapi, yang pengamal perubatan pun satu jugaklah, kalau dah ada pesakit yang terus sembuh selepas berubat janganlah dijadikan modal untuk mengaut keuntungan.
Kalau penyakit yang disebabkan gangguan jin. Jin sudah diketahui mempunyai pelbagai helah untuk supaya dia "terlepas". 100 orang kita jumpa, 80 orang akan berkata perkara yang berlainan.
Saya biasa terkene dengan helah Jin ni. Maklumlah, kita bukan berilmu tinggi. Setakat, Bismillah dan Al-Fatihah jer. Kejap dia kelentong macam gini, kejap dia kelentong macam gitu. Ntah mana satu yang betul. Tetapi, saya cuma berharap Allah izinkan pesakit yang saya rawat sembuh, itu yang penting. Bagi sayalah.
Wallahu'alam.
Mudah-mudahan urusan tuan2 & puan2 dipermudahkan oleh Allah.
No comments:
Post a Comment