Assalam... Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada readers semua. Andai terdapat kata2 yg tertulis dalam blog ini menyinggung perasaan saya memohon maaf. Tiada niat lain kecuali untuk peringatan bersama.....
Pernahkah anda pembaca sekalian mendgr kisah atau menghadapi sendiri kejadian kerasukkan, perbuatan org dan yg seumpamanya berlaku pada bulan Ramadhan? Sedangkan apa yg kita tahu, iblis dan syaitan ini di ikat di belenggu dari mengganggu manusia... Kenapa masih juga terjadi? Apakah Allah dan Nabinya berbohong? Berbohong? Tidak mungkin sekali-kali.... Allah dan Nabi Muhammad itu bukan seperti kita ini yg kerap kali berbohong...
Jadi, apakah yg sebenarnya? Pada pendapat saya, yg dibelenggu yg dirantai itu adalah sifat iblis dan syaitan itu daripada menghasut manusia supaya tidak menjalankan ibadah kepada manusia. Jadi di dalam bulan puasa sekiranya masih ada lg yg x berpuasa x solat x besedekah, masih ada dengki khianat, iri hati itu adalah semata2 dari sikap dan tabiatnya sendiri yg tidak lagi bercampur baur dgn hasutan2 iblis dan syaitan....
Sbb itulah juga, bagi mereka yg ada saka, dalam bulan puasa pun sakanya tetap ada... x hilang pun. Sebab itulah juga masih ada juga kes2 histeria, kerasukan di dalam bulan puasa... dan dalam bulan puasa masih boleh terjadi jgk yg disantau atau terkena perbuatan org yg dengki dan khianat....
Wallahu'alam....
Aku Bukanlah Seorang Yang Alim, Jauh Sekali Alim Ulama'. Aku Bukanlah Seorang Bilal Apatah Lagi Seorang Kiyai. Aku Hanyalah Seorang Pencari Gaharu, Antara Langit Dan Bumi Dengan Pak Guru. Namun Terpanggil Jua Untuk Membantu Siapa Sahaja Yang Memerlukan Mudah-Mudahan Dengan Izin Allah DiPermudahkan.
Readers yang mempunyai permasalahan atau sebarang pertanyaan, saya boleh dihubungi melalui email ruslanhusin@gmail.com. Kini saya berada berada di Telok Panglima Garang, Selangor.
Kepada yang memerlukan rawatan dipersilakan untuk menemui saya.
Friday, June 27, 2014
Sunday, June 15, 2014
Apa Ada Dengan Mentera??
Paling banyak readers membelek2 post 'Mentera'... apa yg seronok disitu? ke readers sedang mencari sesuatu? habaq mai la, jgn malu2... Hehehe...
Mentera ini pada pandangan peribadi saya hanya seperti doa sahaja sebenarnya, ayat2nya disusun rapi dan indah seperti seloka dan pantun. Mentera itu tidak salah selagi ia tidak bertentangan dengan hukum syarak. Yang menjadikan mentera itu khurafat dan syirik adalah apabila ada diselitkan dgn perkataan2 atau ayat2 tertentu seperti pemujaan, atau suatu bentuk meminta bantuan lain seperti bantuan dari jin seperti contoh :
Topo Topan Anak Datuk Di Atas,
Aku Tahu Asal Engkau Jadi.......
Anak Datuk Di Atas, ianya merujuk kepada yg orang melayu panggil Hantu Tinggi, Hantu Galah, Orang Tinggi dll lagi...
Andai anda antara readers ada terdengar perawat menggunakan jampi serapah atau mentera sebegini nasihat saya silalah menjauhkan diri.... Wallahu'alam....

Tuesday, June 10, 2014
Soalan Cepu Emas
Disini saya copy paste kan post saya di Thread cari.com.my untuk yg mengikuti penulisan saya melalui blog ini sahaja...
Ada yg pernah bertanyakan kepada saya satu soalan yg saya susah nak menjawabnya, tapi saya jawab jugalah hentam kormo... huhuhuhuhu Soalan : Cukupkah hanya dengan membaca Al-Fatihah dan Al-Ikhlas itu menghalau jin(jahatdan kafir), iblis dan syaitan? Sebab biasanya pak ustaz - pak ustaz yg membuat rawatan secara kaedah Islam ini membaca ayat yg berbagai2, panjang2... Termenung juga sekejap, mcm manalah nak jawab soalan ni, sbb saya bukan pak ustaz, bukan hafiz Al_Quran... Hanya manusia biasa ala-ala cap ayam gitu.. Jawapan : Bagi mereka yg memahami apa yg terkandung tersurat dan tersirat dalam surah Al-Fatihah dan A-Ikhlas itu pada saya sudah cukup bagi menghalau atau menhapuskan jin(jahat dan kafir), iblis dan syaitan... Kerana jangan kita lupa Al-fatihah itu penghulu segala ayat ,Penghulu mestilah Power, sbb tu dalam Al-Quran tempatnya di permulaan Surah, Al-Fatihah juga merupakan ayat2 doa, ayat2 peringatan..... Al-Ikhlas pula merupakan ayat mengEsakan Allah Ta'ala, ayat peringatan kepada semua makhluk bahawa Allah itu yg berkuasa atas segalanya.... Wallahu'alam... Penerangan di atas adalah sekadar mengikut pemahaman saya yg serba daif dan jahil ini.... |
Saturday, June 7, 2014
Mentera
Disini saya post kan contoh mentera untuk tujuan menanggaukan seseorang yang anda idam-idamkan. Yang mebuatkan anda tidak tidur malam asyik terkenang2. Tetapi saya tidak akan post kan sepenuhnya kandungan mentera ini. Hanya bertujuan untuk pengetahuan sahaja.
HI DI WADI MANI MAKNIKAM
AKU TAHU ASAL ENGKAU JADI
TERLETAK DI DALAM PETI-PETI
DALAM XXXXXX XXXXXXX XXXXX MAKRIFATULLAH
LUPA SI DIA (NAMA ORANG YG DITUJU) BAJU DI BADAN
BARU LUPA AKAN DAKU
LUPA SI DIA(NAMA) XXXX XXXXXXX
BARU LUPA AKAN DAKU
SATU HITAM TIDAK BERCAMPUR PUTIH
SEKALI KUN JADI AKAN ALLAH
AKU TIDAK XXXXXX XXXX XXXXX
ENGKAU TIDAK XXXXXX XXXX AKU
AKU SUJUD KEPADA ALLAH
ENGKAU SUJUD KEPADA KU
BERKAT KATA LAILLAHAILLALLAH MUHAMMAD RASULLULLAH
Mentera ini boleh mengakibat yg dituju tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah. Malahan yang lebih parah yang dituju akan datang kerumah merayu2 untuk diambil menjadi kekasih atau isteri... Wallahu'alam....
Untuk renungan bersama...

Friday, June 6, 2014
Kejujuran
Ya kejujuran. Kejujuran memang penting dalam apa jua urusan kita didunia ini, terutama jujur dengan diri sendiri. Kejujuran itu merupakan kunci bagi kita untuk menempuh ujian dari Allah Ta'ala... Kejujuran juga penting bagi kita yg ingin menembus alam ghaib. Kerana kejujuran itu datangnya dari Hati Sanubari kita.
Kepada perlu kita menipu? Takut ada yg terasa hati sebab itu kita menipu? Atau untuk menyelamatkan diri dari ancaman? Atau untuk mendapatkan sesuatu seperti harta benda dan wang ringgit? Atau untuk mendapat kedudukan yg tinggi di mata masyarakat? Macam mana pula kedudukan kita di mata Allah?
Sudah terbongkar tembelang kita masih juga kita mahu menipu? Aduhai manusia.. Inilah manusia. Antara sifat2 asal manusia.
Betapa sakitnya hati orang yg kita tipu itu. Tidakkah mereka yg menipu/tidak jujur itu merasakan sesuatu di dalam dirinya apabila dia menipu? Apatah lagi penipuan itu 'kantoi'. Tiadakah rasa bersalah dan malu terhadap org yg dikelentongnya itu?
Belajarlah apa ilmu sekali pun, jika tiada kejujuran di dalam hati kita, tiada apa yg akan kita dapat. Hanya sampah sarap sahaja yg akan didapati.
Wallahu'alam...

Thursday, June 5, 2014
Sikap
Kali ini saya ingin membuat catatan berdasar sikap. Sebahagian kecil sikap pesakit yg perlu diubah dan dibetulkan semula niatnya.
Ada sesetengah pesakit itu akan mencemik bibir atau membuat muka apabila disarankan untuk menggunakan ayat2 Al-Quran seperti Al Fatihah dan Al Ikhlas. Seolah2 memperlekehkan kekuatan ayat2 tersebut. Pada mereka ini, "ah.. kalau ni jer ayatnya aku pun tahu, hari2 jugak dibaca". Mereka hanya membaca tetapi tidak memahami ayat2 tersebut. Tahu maksud dan memahami adalah perkara yg berlainan. Nak tahu maksud bukan susah buka saja tafsir Al-Quran, nah dah dapat pun maksudnya.
Tetapi yg penting kita memahami ayat2 tersebut.Selepas memahaminya kita mengamalkannya. Dengan Penuh keyakinan terhadap Allah. Kalau kata2 Allah dalam ayat2 itu dianggap biasa2 ajer, jadi adakah ayat2 yg lebih baik dari kata2 Allah?
Itu merupakan salah satu punca kenapa satu2 penyakit itu tidak sembuh. Tidak diizinkan Allah. Kerana meragui ayat2 Allah. Seperti contoh yg mudah: Kita tidak mempercayai kawan kita itu tetapi kita masih mahukan bantuan dari kawan kita itu. Mahu ke kawan kita tu membantu kita?
Saya xder ayat lain untuk digunakan bagi mengubati apa jua jenis penyakit yg berkaitan. Saya hanya menggunakan Surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas dan kadang2 Ayat ke 9 Surah Yassin. Tidak kisahlah membuang saka ke, mengubati orang yg terkena buatan orang ke, disampuk dek syaitan ke, membuang susuk ke? Itulah juga ayat2nya. Asalkan kita tahu apa tujuan penggunaan ayat2 itu. Asalkan Lillahi Ta'ala.... Dan pesakit perlulah membuat suatu amalan proses perubatan itu menjalan terus "Non Stop". Mudah2an dipermudahankan oleh Allah. Wallahu'alam....

Keramat Vs Karomah
Assalam kepada sekalian pembaca. Sudah beberapa tidak update di blog ini dek kerana kesibukan.
Apaah yg anda tahu berkenaan dengan perkataan KERAMAT? Pastinya kita biasa mendengar perkataan ini. Dan kebiasaannya akan dikaitkan dengan perkara2 seperti, kubur keramat, keris keramat, cincin keramat dan pelbagai lagi yg menjurus kepada sesuatu perkara yg hebat dan mistik yg tidak terjangkau oleh pemikiran manusia dan apabila kita berbuat sesuatu amalan dgn perkara2 keramat ini akan mendatangakan keberuntungan.
Pada saya, KERAMAT itu berasal dari perkataan KAROMAH. KAROMAH ini hanya dimiliki oleh manusia2 terpilih yg digelarkan sebagai WALI ALLAH. Wakil kepada ALLAH mengantikan peranan NABI dan RASUL selepas dijanjikan oleh Allah bahawa tiada lagi NABI dan RASUL selepas NABI MUHAMMAD S.A.W.
KAROMAH ini berada dibawah dari MUKJIZAT yang mana MUKJIZAT ini hanya dikhaskan buat NABI dan RASUL sahaja. Seakan2 tetapi tidak sama. Kerana KHOROMAH ini tidak sesenang untuk digunakan oleh para WALI2 ALLAH kecuali dalam keadaan tertentu.
Sebagai contoh, KAROMAH Saidina Umar Al-Khatab, diriwayatkan : Suatu hari, berlaku gempa bumi di Madinah. Sewaktu itu Saidina Umar memegang teraju pemerintahan sebagai Khalifah setelah kematian Saidina Abu Bakar. Ketika bumi sedang bergetar, Saidina Umar menghentakkan tongkatnya ke tanah lalu berkata, “Wahai bumi, tenanglah kamu. Apakah aku tidak berlaku adil di atasmu?” Dengan izin Allah, serta-merta gempa bumi terhenti.
Dan banyak lagi cerita2 yg berkaitan dengan KAROMAH ini yg boleh anda cari atau 'google'. Yg kita cari bukanlah keseronokkan membaca riwayat itu, yg kita cari adalah ALLAH yg menganugerahkan KAROMAH itu kepada Wakil2Nya. Semestinya bukan sebarangan orang yg dipilih oleh Allah.
Mudah2an menjadi panduan sedikit sebanyak dalam kita menempuhi Dunia penuh ranjau ini. Wallahu'alam....

Monday, June 2, 2014
Sewaktu Masa dahulu
Semasa saya berumur lebih kurang 10 tahun. Seperti biasa saya akan tidur di rumah nenek saya jika cuti sekolah atau kadang2 cuti sabtu ahad.
Nak dijadikan cerita saya tidur disebuah satu bilik dirumah nenek saya. Malam itu bulan penuh, cuaca malam itu cukup2 menenangkan dan aman damai. Sinaran yg begitu terang memancar masuk ke dalam bilik, maklumlah rumah kampung.
Saya sudah lena tidur, tiba2 mengejut bangun dan terlihat sekujur tubuh yg besar, bersayap dan bertanduk duduk bertinggung dihujung katil saya. Pada mulanya saya ingat cuma permainan mata sahaja sebab baru terjaga. Tapi pada masa yg sama jantung saya dah berdegup kencang, nafas turun naik, badan terasa dingin.
Saya penjamkan mata, dan kemudian membuka semula mata, memang betul makhluk itu masih ada, masih disitu memandang tepat ke arah saya. Seram, badan mengigil ketakutan. Memang jelas kelihatan kerana bulan cerah cahaya bulan membolehkan saya melihat secara keseluruhan makhluk tersebut.
Saya tidak dapat nak tidur lagi selepas itu sehinggalah matahari terbit, badan kaku, takut utk saya menggerakkan walapun semilimeter anggota tubuh. Diam sahaja. Itulah pengalaman pertama saya melihat makhluk halus yg hadir dalam keadaan yang nyata.
Peristiwa ini tidak saya ceritakan sehinggalah saya berumur 28 tahun... Sehingga kini saya masih tertanya2 makhluk apakah yg datang kepada saya pada malam itu, wpun ada yg mengatakan makhluk berkenaan adalah berkait dengan keturunan saya. Tetapi itu kali pertama dan terakhir saya melihatnya. Walaupun saya boleh serba sedikit berkaitan dgn hal2 ghaib ini tetapi apabila melibatkan diri sendiri memang x boleh... Wallahu'alam..

Melihat Yang Ghaib
Saya tertanya2 kenapa ada orang suke sgt bila bercerite tentang perkara2 ghaib. Terutama bab jin, bunian, hang tuah, hang jebat, roh para wali, roh para sahabat dan bermacam2 lagi.
Bukan kata orang lainlah, saya pun begitu juga sebelum ini. Sebenarnya ia lebih kepada keseronokan, macam kita tengok citer wayang X-Men, Thor, Star Wars, Underworld dan banyak lagi. Cerita2 seram, cerita2 science fiction... Lagi mengarut cerita itu, lagi merapu cerita itu semakin seronok kita tengok.
Begitu juga halnye dengan perkara ghaib dan mistik ini. Kebanyakkan menganggap seperti suatu hiburan, keseronokkan mendengar cerita dari seseorg yg kononnye arif dalam hal2 begini dan bagi yg terlalu taksub pula lain pulak ceritanye. Hentam kromo mengamalkan sesuatu yg tidak diusul periksa terlebih dahulu dari hukum syaraknya. Ada amalan mentara, yg kebanyakkannya tidak difahami maksud sebenarnya, tapi pengamal main hentam sebut ajer.. main pakai amal ajer...
Apa yg seronoknye dapat melihat yg ghaib ini? Nak dapat kehebatan? Nak dapat imbuhan? Nak dapat harta karun? Boleh tarik duit?
Adalah lebih baik mencari jalan bagaimana mengenal Pencipta kite. Dialah yg Maha Ghaib. Segalanya dalam gengaman Dia. Kenapa bukan itu yg cari? Ni tidak yang dicari Puteri Mayang Mengurai, Hang Tuah, Tok Putih, Tok Hitam dan bermacam2 nama lagi.
Janganlah kita mudah terleka dan terlena dibuai perkara2 yg tidak mendatangkan manafaat utk diri kita di dunia dan juga yg paling penting di akhirat. Dua perkara sahaja akan membolehkan kita ke syurga iaitu, Syafaat Nabi Muhammad dan juga Rahmat Allah.....
Dan yg perlu kita tau bagaimana untuk mendapatkan Syafaat Nabi dan bagaimana untuk mendapatkan Rahmat Allah.... Wallahu'alam.....

Subscribe to:
Posts (Atom)