Aku Bukanlah Seorang Yang Alim, Jauh Sekali Alim Ulama'. Aku Bukanlah Seorang Bilal Apatah Lagi Seorang Kiyai. Aku Hanyalah Seorang Pencari Gaharu, Antara Langit Dan Bumi Dengan Pak Guru. Namun Terpanggil Jua Untuk Membantu Siapa Sahaja Yang Memerlukan Mudah-Mudahan Dengan Izin Allah DiPermudahkan.

Readers yang mempunyai permasalahan atau sebarang pertanyaan, saya boleh dihubungi melalui email ruslanhusin@gmail.com. Kini saya berada berada di Telok Panglima Garang, Selangor.

Kepada yang memerlukan rawatan dipersilakan untuk menemui saya.

Tuesday, January 5, 2016

SALAM 2016

Assalam Readers Sekalian (dengan penuh harapan masih ada lagi readers blog ini),

Setelah sekian lama "bertapa" dari menulis dalam blog ini kerana disibukkan dengan perihal urusan dunia, Saya mendoakan kesejahteraan readers sekalian.

Tahun kembali berubah dari 2015 ke 2016. Setapak lagi usia kita meningkat.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua readers.

Tahun ini merupakan tahun penentuan perjalanan saya yang seterusnya. Saya telah pun meletakkan jawatan saya dan 99% akan menjadi pengamal perubatan sepenuh masa, untuk membantu sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa keturunan mahupun agama dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan permasalahan "mistik".

Baru-baru ini saya diberitahu oleh seorang sahabat bahawa, dia dan adiknya telah bermimpikan seorang bayi dan adik perempuannya telah menyusukan bayi tersebut. Walaubagaimanapun, mimpi hanyalah sekali. Tidak berulang-ulang.

Jika mengikut permahaman saya tanpa melihat dengan lebih dalam lagi, itu merupakan salah satu alamat atau pertanda seseorang itu akan menerima saka peninggalan keturunan atau pun seseorang telah berdengki khianat dengan menyihir mereka.

Kesian juga bila mendengar perkhabaran itu kerana baru bulan lepas isterinya telah diganggu oleh saka keturunan. Alhamdulillah dengan izin Allah, tiada lagi gangguan. Kini dilanda pula masalah lain.

Saya hanya dapat mendoakan sahabat saya itu kuatkan iman dan bersabar disamping berikhtiar menyelesaikan masalah tersebut.

______________________

Wallahu'alam......

*** Ralat.. Buat masa sekarang perletakan jawatan telah ditarik balik atas sebab2 yg tidak dapat dielakkan. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment