Aku Bukanlah Seorang Yang Alim, Jauh Sekali Alim Ulama'. Aku Bukanlah Seorang Bilal Apatah Lagi Seorang Kiyai. Aku Hanyalah Seorang Pencari Gaharu, Antara Langit Dan Bumi Dengan Pak Guru. Namun Terpanggil Jua Untuk Membantu Siapa Sahaja Yang Memerlukan Mudah-Mudahan Dengan Izin Allah DiPermudahkan.

Readers yang mempunyai permasalahan atau sebarang pertanyaan, saya boleh dihubungi melalui email ruslanhusin@gmail.com. Kini saya berada berada di Telok Panglima Garang, Selangor.

Kepada yang memerlukan rawatan dipersilakan untuk menemui saya.

Tuesday, January 5, 2016

LEMAH TENAGA BATIN

Assalam,

Lemah tenaga batin bagi seorang lelaki biasanya disebabkan faktor-faktor permakanan, kesihatan dan juga aktiviti-aktiviti harian kita namun tidak terhad kepada perkara-perkara tersebut sahaja.

Namun, ada juga terjadi lemahnya tenaga batin seseorang lelaki itu dek kerana gangguan dari jin/syaitan yang dihantar oleh seseorang berhasat dengki.

Kalau mengikut permahaman saya, bagi mengetahui adakah lemah tenaga batin itu disebabkan oleh faktor kesihatan atau gangguan jin/syaitan, tuan-tuan boleh amalkan bacaan surah berikut sebelum tidur dan niat di dalam hati minta Allah berikan pertunjukkan berkenaan penyakit itu, amalan ini amalan alternatif selain daripada amalan solat istikharah.

Bacaannya seperti berikut:-

Al-fatihah 1 x
Al-Ikhlas 3 x
Surah An-nas 1 x
Ayat ke 9 Surah Yassin 1 x
Surat Al-fill 1 x
Selawat Nabi

dan niatkan apa yang hendak diniatkan...

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment