Aku Bukanlah Seorang Yang Alim, Jauh Sekali Alim Ulama'. Aku Bukanlah Seorang Bilal Apatah Lagi Seorang Kiyai. Aku Hanyalah Seorang Pencari Gaharu, Antara Langit Dan Bumi Dengan Pak Guru. Namun Terpanggil Jua Untuk Membantu Siapa Sahaja Yang Memerlukan Mudah-Mudahan Dengan Izin Allah DiPermudahkan.

Readers yang mempunyai permasalahan atau sebarang pertanyaan, saya boleh dihubungi melalui email ruslanhusin@gmail.com. Kini saya berada berada di Telok Panglima Garang, Selangor.

Kepada yang memerlukan rawatan dipersilakan untuk menemui saya.

Monday, June 2, 2014

Melihat Yang Ghaib

Saya tertanya2 kenapa ada orang suke sgt bila bercerite tentang perkara2 ghaib. Terutama bab jin, bunian, hang tuah, hang jebat, roh para wali, roh para sahabat dan bermacam2 lagi.

Bukan kata orang lainlah, saya pun begitu juga sebelum ini. Sebenarnya ia lebih kepada keseronokan, macam kita tengok citer wayang X-Men, Thor, Star Wars, Underworld dan banyak lagi. Cerita2 seram, cerita2 science fiction... Lagi mengarut cerita itu, lagi merapu cerita itu semakin seronok kita tengok.

Begitu juga halnye dengan perkara ghaib dan mistik ini. Kebanyakkan menganggap seperti suatu hiburan, keseronokkan mendengar cerita dari seseorg yg kononnye arif dalam hal2 begini dan bagi yg terlalu taksub pula lain pulak ceritanye. Hentam kromo mengamalkan sesuatu yg tidak diusul periksa terlebih dahulu dari hukum syaraknya. Ada amalan mentara, yg kebanyakkannya tidak difahami maksud sebenarnya, tapi pengamal main hentam sebut ajer.. main pakai amal ajer...

Apa yg seronoknye dapat melihat yg ghaib ini? Nak dapat kehebatan? Nak dapat imbuhan? Nak dapat harta karun? Boleh tarik duit?

Adalah lebih baik mencari jalan bagaimana mengenal Pencipta kite. Dialah yg Maha Ghaib. Segalanya dalam gengaman Dia. Kenapa bukan itu yg cari? Ni tidak yang dicari Puteri Mayang Mengurai, Hang Tuah, Tok Putih, Tok Hitam dan bermacam2 nama lagi.

Janganlah kita mudah terleka dan terlena dibuai perkara2 yg tidak mendatangkan manafaat utk diri kita di dunia dan juga yg paling penting di akhirat. Dua perkara sahaja akan membolehkan kita ke syurga iaitu, Syafaat Nabi Muhammad dan juga Rahmat Allah.....

Dan yg perlu kita tau bagaimana untuk mendapatkan Syafaat Nabi dan bagaimana untuk mendapatkan Rahmat Allah.... Wallahu'alam.....

No comments:

Post a Comment