Assalam Readers sekalian,
Baru-baru ini saya telah didatangi seorang yang saya boleh gelar sebagai kakak. Dia mengatakan dia selalu bermimpikan ular mendatangi dirinya. Ular tedung hitam dan ular sawa.
Jelas dia memerlukan bantuan, saya mengatakan bahawa berkemungkinan dia telah diganggu oleh makhluk Jin. Semasa memeriksa keadaan beliau, saya dapati ada sejenis jin yang rupanya seperti "MAK LAMPIR" didalam tubuhnya. Tetapi saya tidak mengagak apa tujuan makluk Jin tersebut bersarang ditubuhnya. Kenapa, mengapa dan dari mana datangnya tidak diketahui.
Selesai pemeriksaan, saya katakana bahawa makhluk Jin tersebut telah lama menggangunya dari semenjak umurnya 20 tahun lagi. Sekarang beliau telah pun berumur 43 tahun.
Kemudian saya membacakan ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dan ditiupkan kepada limau nipis sebanyak 17 biji yang telah dibawanya.
Limau itu gunanya untuk mandian, bagi tujuan mensuci dan membersihakan badan. Aroma limau nipis itu juga amat menyegarkan badan dan wangi. Wangian bagi mahluk Jin kafir adalah berbau amatlah busuk. Makhluk Jin ini tidak meyukai kita yang berbau Wangi.
Saya juga telah memberikan beberapa Ayat Al Quran untuk dijadikan amalan harian semoga dengan izin Allah terhindar dirinya daripada gangguan makhluk Jin tersebut.
Mudah-mudahan beliau sihat selepas ini.
Wallahu'alam.